YOHANES 12:1-6
YOHANES 12:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Enam hari sebelum Perayaan Paska, Yesus pergi ke Betania, tempat tinggal Lazarus yang sudah dibangkitkan-Nya daripada kematian. Di sana Dia dijamu oleh mereka. Marta menghidangkan makanan, sementara Lazarus dan tetamu lain makan bersama-sama Yesus. Kemudian Maria datang dan membawa kira-kira setengah liter minyak wangi yang mahal harganya. Minyak itu dibuat daripada akar wangi. Dia menuang minyak itu pada kaki Yesus, lalu menyapu kaki Yesus dengan rambutnya. Oleh itu keharuman minyak itu memenuhi seluruh rumah. Yudas Iskariot, salah seorang pengikut Yesus, yang kelak mengkhianati Dia, berkata, “Mengapakah minyak wangi ini tidak dijual dengan harga tiga ratus keping wang perak, lalu wangnya diberikan kepada orang miskin?” Yudas berkata demikian bukan kerana dia mengambil berat terhadap orang miskin, tetapi kerana dia pencuri. Dia menyimpan beg wang bagi mereka dan dia biasa mengambil sedikit wang untuk keperluannya sendiri.
YOHANES 12:1-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BŬRMULA maka anam hari dahulu deripada hari raya langkah itu, maka datanglah Isa kaBŭthani, ditŭmpat Lazaras yang tŭlah dihidopkannya. Maka disitulah dipŭrbuat ulih orang suatu pŭrjamuan bagie Isa pada malam, maka Martha ada mŭlayani, tŭtapi Lazaras pun sa’orang deripada marika itu yang dudok makan sahidangan dŭngan dia. Maka ulih Mŭriam diambilnya sŭkati minyak nŭrwastu yang mahal harganya, lalu digosokkannya pada kaki Isa, kumdian disapunya pula dŭngan rambutnya; maka rumah itu pun sŭmŭrbaklah bahu minyak yang harum itu. Arkian maka bŭrkatalah sa’orang muridnya, iya itu Yudas Iskariot, anak Simon, yang handak mŭnyŭrahkan Isa dŭngan tipunya: Mŭngapakah minyak ini tiada dijual tiga ratus dinar, dibrikan pada orang mŭskin? Adapun iya bŭrkata dŭmkian itu, bahwa bukannya sŭbab iya susahkan hal orang mŭskin, mŭlainkan sŭbab iya pŭnchuri, dan ada iya mŭmŭgang pundi pundi, dibawa pŭrgi barang yang disimpan dalamnya itu.
YOHANES 12:1-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Enam hari sebelum Perayaan Paskah, Yesus pergi ke Betania, tempat tinggal Lazarus yang telah dibangkitkan-Nya daripada kematian. Di situ Dia diperjamu. Marta menghidangkan makanan, dan Lazarus serta tetamu lain duduk bertelekan di meja bersama Yesus. Kemudian Maria membawa sepaun minyak narwastu murni yang mahal, dan menuangkannya ke kaki Yesus, lalu menyapu kaki Yesus dengan rambutnya. Semerbaklah keharuman minyak itu di seluruh rumah. Yudas Iskariot, salah seorang murid Yesus yang mengkhianati-Nya kelak berkata, “Mengapakah minyak wangi ini tidak dijual dengan harga tiga ratus keping wang dinar, supaya wangnya dapat disedekahkan kepada orang miskin?” Yudas berkata demikian bukanlah kerana dia prihatin terhadap orang miskin, tetapi kerana dia yang diamanahkan menyimpan wang bagi mereka sering mencuri sedikit untuk keperluannya.