Enam hari sebelum Perayaan Paskah, Yesus pergi ke Betania, tempat tinggal Lazarus yang telah dibangkitkan-Nya daripada kematian. Di situ Dia diperjamu. Marta menghidangkan makanan, dan Lazarus serta tetamu lain duduk bertelekan di meja bersama Yesus. Kemudian Maria membawa sepaun minyak narwastu murni yang mahal, dan menuangkannya ke kaki Yesus, lalu menyapu kaki Yesus dengan rambutnya. Semerbaklah keharuman minyak itu di seluruh rumah. Yudas Iskariot, salah seorang murid Yesus yang mengkhianati-Nya kelak berkata, “Mengapakah minyak wangi ini tidak dijual dengan harga tiga ratus keping wang dinar, supaya wangnya dapat disedekahkan kepada orang miskin?” Yudas berkata demikian bukanlah kerana dia prihatin terhadap orang miskin, tetapi kerana dia yang diamanahkan menyimpan wang bagi mereka sering mencuri sedikit untuk keperluannya.
Baca Yohanes 12
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yohanes 12:1-6
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video