YOHANES 11:32-44

YOHANES 11:32-44 Alkitab Berita Baik (BM)

Apabila Maria sampai ke tempat Yesus dan melihat Dia, Maria berlutut pada kaki Yesus dan berkata, “Tuhan, jika Tuhan di sini pada masa itu, tentu saudaraku masih hidup!” Apabila Yesus melihat Maria menangis dan semua orang Yahudi yang datang bersama-sama Maria juga menangis, Yesus sedih hati dan terharu. Dia bertanya kepada mereka, “Di manakah kamu mengubur dia?” Mereka menjawab, “Mari lihat, Tuhan.” Yesus menangis. Semua orang Yahudi di situ berkata, “Lihatlah! Dia sangat mengasihi Lazarus.” Tetapi beberapa orang antara mereka berkata, “Dia dapat membuat orang buta melihat. Mengapa dia tidak dapat mencegah kematian Lazarus?” Yesus sangat terharu lagi, lalu Dia pergi ke kubur. Kubur itu sebuah gua yang ditutup dengan sebuah batu besar. Lalu Yesus berkata, “Tepikan batu ini.” Tetapi Marta, saudara orang yang meninggal itu menjawab, “Tuhan, sudah empat hari dia dikuburkan. Tentu busuk baunya!” Yesus berkata kepada Marta, “Tidakkah Aku berkata kepadamu: Jika kamu percaya, kamu boleh melihat betapa besarnya kuasa Allah?” Mereka mengetepikan batu itu, lalu Yesus menengadah ke langit dan berkata, “Aku bersyukur kepada-Mu, ya Bapa, kerana Engkau mendengar permintaan-Ku. Aku tahu bahawa Engkau sentiasa mendengar permintaan-Ku. Aku berkata demikian untuk kebaikan semua orang di sini, supaya mereka percaya bahawa Engkaulah yang mengutus Aku.” Setelah Yesus berkata demikian, Dia berseru dengan suara kuat, “Lazarus, keluar!” Lazarus pun keluar. Tangan dan kakinya masih terbalut dengan kain kafan dan mukanya tertutup dengan kain penutup muka. Yesus berkata kepada orang ramai di situ, “Tanggalkan kain yang membalutnya dan biarlah dia pergi.”

YOHANES 11:32-44 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka apabila Mŭriam sampie ditŭmpat Isa ada itu, sŭrta mŭlihat akan dia, maka iya pun jatohlah kŭkakinya, sŭrta katanya, Tuhan, jikalau kiranya ada angkau disini, bahwa saudaraku tiadalah mati. Maka apabila dilihat Isa akan Mŭriam mŭnangis, dan orang orang Yahudi datang bŭrsama sama itu pun mŭnangis, maka bŭrkŭlohlah dia dŭngan kŭsusahannya dalam hatinya: Sŭrta bŭrkata, Dimanakah kamu taroh akan dia? Maka bŭrkatalah marika itu, Tuhan, marilah lihat. Maka Isa pun mŭnangislah. Maka kata orang Yahudi itu, Lihatlah, bagimana iya mŭngasihi akan dia. Maka adalah sŭtŭngah marika itu bŭrkata kata, Bukankah orang ini yang tŭlah mŭnchŭlekkan mata orang buta itu, juga bulih mŭnahankan orang ini deripada mati? Maka sŭbab itu bŭrkŭlohlah Isa pula akan dia, lalu pŭrgilah kakubor itu. Maka adalah tŭmpat itu suatu goa, ada dihadapannya sa’buah batu tŭrhantar. Maka kata Isa, Undorkanlah batu itu. Maka kata Martha, saudara orang yang mati itu, Tuhan, skarang sudah busoklah bahunya, kŭrna tŭlah ampat hari lamanya. Maka kata Isa pada pŭrampuan itu, Bahwa bukankah aku tŭlah bŭrkata kapadamu, asal angkau pŭrchaya sahja, maka angkau akan mŭlihat kŭmuliaan Allah? Maka diundorkan oranglah batu itu deri tŭmpat orang mati itu, sŭtlah itu maka tŭngadahlah Isa, sŭrta bŭrkata, Ya Ayah, bahwa mŭnguchap shukorlah aku kapadamu, sŭbab angkau tŭlah mŭnŭrima doaku. Maka kukŭtahuilah bahwa angkau mŭnŭrima doaku pada sŭdiakala; tŭtapi sŭbab orang orang yang bŭrdiri disini, aku katakan itu, supaya marika itu pŭrchaya, bahwa angkaulah yang tŭlah mŭnyurohkan aku. Maka sŭtlah sudah iya bŭrkata kata dŭmkian, maka bŭrsrulah iya dŭngan swaranya yang nyaring katanya, Hie Lazaras, kluarlah angkau. Hata maka kluarlah orang yang tŭlah mati itu dŭngan bŭrikat kaki tangannya dŭngan kain kafan, dan mukanya pun bŭrbungkus dŭngan sapu tangan; maka kata Isa pada marika itu, Lŭpaskan, biarlah iya pŭrgi.

YOHANES 11:32-44 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Setelah Maria melihat Yesus, dia berlutut di kaki-Nya lalu berkata, “Tuhan, kalaulah Engkau ada di sini pada waktu itu, tentu saudaraku masih hidup!” Ketika melihat Maria menangis dan semua orang Yahudi yang bersamanya, turut mengalirkan air mata, Yesus sungguh hiba dan terharu. Dia bertanya kepada mereka, “Di manakah kamu letakkan dia?” Mereka menjawab, “Marilah lihat, ya Tuhan.” Yesus menangis. Semua orang Yahudi yang hadir berkata, “Lihatlah! Dia sungguh kasih akan Lazarus.” Namun demikian, ada yang berkata, “Dia dapat mencelikkan orang buta. Tidakkah Dia dapat mengelakkan kematian Lazarus?” Yesus yang masih terharu pergi ke makam Lazarus, iaitu sebuah gua yang ditutup dengan batu besar. Yesus berkata, “Alihkan batu itu.” Tetapi Marta, saudara perempuan kepada orang yang meninggal itu, berkata, “Tuhan, sudah empat hari dia dimakamkan, tentu berbau.” Yesus berkata kepada Marta, “Bukankah sudah Kukatakan kepadamu, kalau kamu percaya, kamu dapat melihat kemuliaan Allah?” Mereka mengalihkan batu itu. Yesus menengadah ke langit lalu berkata, “Ya Bapa, Aku bersyukur kepada-Mu kerana Engkau mendengar permintaan-Ku. Aku tahu Engkau memang sentiasa mendengar permintaan-Ku. Aku menyebutnya untuk kebaikan semua orang di sini, supaya mereka percaya Engkau mengutus-Ku.” Selepas itu, Yesus berseru lantang, “Lazarus, keluar!” Lazarus pun keluar. Tangan dan kakinya masih berbalut kain kafan, mukanya masih dilitupi kain penutup muka. Yesus berkata kepada orang ramai di situ, “Lucutkan kain kafannya dan lepaskan dia.”