YEREMIA 25:11-12
YEREMIA 25:11-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku akan membiarkan seluruh negeri ini hancur dan menjadi tempat yang menggerunkan. Bangsa-bangsa di sekitarnya akan mengabdi kepada raja Babilonia selama tujuh puluh tahun. Selepas itu Aku akan menghukum orang Babilonia dan raja mereka kerana dosa mereka. Aku akan memusnahkan negeri Babilonia dan membiarkannya menjadi runtuhan selama-lamanya.
YEREMIA 25:11-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Seluruh negeri ini akan menjadi reruntuhan dan ketandusan. Bangsa-bangsa itu akan menghamba kepada raja Babel selama tujuh puluh tahun. Setelah genap tujuh puluh tahun, Aku akan menghukum raja Babel dan bangsa itu kerana kesalahan mereka,’ demikianlah firman TUHAN. ‘Negeri orang Kasdim akan Kujadikan tempat yang sunyi sepi untuk selama-lamanya.