YEREMIA 11:9-14
YEREMIA 11:9-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian TUHAN berfirman kepadaku, “Penduduk Yehuda dan Yerusalem telah berkomplot untuk melawan Aku. Mereka telah melakukan dosa yang dilakukan oleh nenek moyang mereka yang tidak mahu taat kepada-Ku; mereka menyembah tuhan-tuhan lain. Baik Israel mahupun Yehuda telah melanggar perjanjian yang Aku buat dengan nenek moyang mereka. Oleh itu, Aku TUHAN, memperingatkan mereka bahawa Aku akan mendatangkan malapetaka kepada mereka dan mereka tidak akan terlepas daripadanya. Jika mereka berseru minta tolong kepada-Ku, Aku tidak mahu mendengarkan mereka. Kemudian penduduk Yehuda dan Yerusalem akan pergi minta tolong kepada tuhan-tuhan lain yang dipuja mereka dengan mempersembahkan korban. Tetapi tuhan-tuhan itu tidak akan mampu menyelamatkan mereka pada waktu malapetaka itu tiba. Tuhan-tuhan penduduk Yehuda banyak sekali, sebanyak kota mereka. Penduduk Yerusalem mendirikan mazbah untuk mempersembahkan korban kepada Dewa Baal yang menjijikkan itu; mazbah yang didirikan mereka sebanyak jalan-jalan di Yerusalem. Hai Yeremia, jangan berdoa untuk mereka atau minta tolong kepada-Ku untuk mereka! Apabila mereka dalam kesusahan dan minta tolong kepada-Ku, Aku tidak akan mendengarkan mereka.”
YEREMIA 11:9-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
TUHAN berfirman kepadaku, “Ada suatu persekongkolan antara orang Yehuda dan penduduk Yerusalem. Mereka telah berpaling kepada kesalahan nenek moyang mereka yang tidak mahu mendengar firman-Ku. Mereka mengikuti tuhan lain untuk beribadat kepada tuhan-tuhan itu. Keturunan kaum Israel dan keturunan kaum Yehuda telah mengingkari perjanjian-Ku, yang telah Kuikat dengan nenek moyang mereka.” Oleh sebab itu beginilah firman TUHAN, “Ketahuilah, Aku akan mendatangkan atas mereka malapetaka yang tidak dapat dielakkan oleh mereka. Mereka akan berseru kepada-Ku, tetapi Aku tidak akan mendengar mereka. Kota-kota Yehuda dan penduduk Yerusalem akan pergi dan berseru kepada tuhan-tuhan yang disembah mereka dengan membakar dupa, tetapi semua itu sama sekali tidak dapat menyelamatkan mereka pada masa kesusahan mereka. Sebanyak jumlah kotamu, demikianlah banyaknya tuhanmu, wahai Yehuda. Sebanyak jalan di Yerusalem, demikianlah banyaknya mazbah yang kamu dirikan bagi berhala kehinaan itu, iaitu mazbah dupa bagi Baal. Mengenai engkau, jangan berdoa bagi bangsa ini. Jangan panjatkan permohonan atau doa bagi mereka, kerana Aku tidak mahu mendengar pada waktu mereka berseru kepada-Ku dalam kesusahan mereka.