TUHAN berfirman kepadaku, “Ada suatu persekongkolan antara orang Yehuda dan penduduk Yerusalem. Mereka telah berpaling kepada kesalahan nenek moyang mereka yang tidak mahu mendengar firman-Ku. Mereka mengikuti tuhan lain untuk beribadat kepada tuhan-tuhan itu. Keturunan kaum Israel dan keturunan kaum Yehuda telah mengingkari perjanjian-Ku, yang telah Kuikat dengan nenek moyang mereka.” Oleh sebab itu beginilah firman TUHAN, “Ketahuilah, Aku akan mendatangkan atas mereka malapetaka yang tidak dapat dielakkan oleh mereka. Mereka akan berseru kepada-Ku, tetapi Aku tidak akan mendengar mereka. Kota-kota Yehuda dan penduduk Yerusalem akan pergi dan berseru kepada tuhan-tuhan yang disembah mereka dengan membakar dupa, tetapi semua itu sama sekali tidak dapat menyelamatkan mereka pada masa kesusahan mereka. Sebanyak jumlah kotamu, demikianlah banyaknya tuhanmu, wahai Yehuda. Sebanyak jalan di Yerusalem, demikianlah banyaknya mazbah yang kamu dirikan bagi berhala kehinaan itu, iaitu mazbah dupa bagi Baal. Mengenai engkau, jangan berdoa bagi bangsa ini. Jangan panjatkan permohonan atau doa bagi mereka, kerana Aku tidak mahu mendengar pada waktu mereka berseru kepada-Ku dalam kesusahan mereka.
Baca Yeremia 11
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yeremia 11:9-14
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video