YAKOBUS 1:1-12

YAKOBUS 1:1-12 Alkitab Berita Baik (BM)

Saudara-saudaraku sesama umat Allah, yang tercerai-cerai di seluruh dunia. Salam daripadaku, Yakobus, hamba Allah dan hamba Tuhan Yesus Kristus. Saudara-saudaraku! Anggaplah diri kamu berbahagia apabila mengalami bermacam-macam cubaan, kerana kamu tahu bahawa semasa kamu mengalami cubaan, dan masih tetap percaya kepada Kristus, kamu sudah membuktikan bahawa kamu tabah menanggung penderitaan. Pastikan supaya ketabahan kamu untuk menanggung penderitaan itu berterusan, sehingga kamu menjadi benar-benar sempurna dan tidak kekurangan sesuatu pun. Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya; kerana Allah memberikan dengan murah hati dan dengan sukacita kepada setiap orang. Tetapi apabila kamu berdoa, kamu mesti percaya. Kamu tidak boleh ragu-ragu, kerana orang yang ragu-ragu seperti ombak di laut yang diumbang-ambingkan angin. Orang seperti itu tidak tetap pendiriannya dan teragak-agak dalam semua perbuatannya. Oleh itu dia juga tidak dapat mengharapkan apa-apa daripada Tuhan. Orang Kristian yang miskin haruslah gembira apabila Allah meninggikan mereka. Orang Kristian yang kaya haruslah gembira apabila Allah merendahkan mereka, kerana orang kaya akan lenyap seperti bunga rumput. Ketika matahari naik, panas teriknya melayukan tanaman sehingga bunganya gugur dan hilanglah keindahannya. Demikianlah orang kaya akan jatuh miskin semasa mengusahakan perniagaan mereka. Berbahagialah orang yang tabah semasa mengalami cubaan. Apabila mereka berjaya mengatasi cubaan itu, mereka akan menerima pahala berupa kehidupan yang sudah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang mengasihi-Nya.

YAKOBUS 1:1-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

BAHWA sŭlam doa Yakob, iya itu sa’orang hamba Allah, dan Tuhan Isa Almasih, datang kapada dua blas suku bangsa orang Israil yang bŭrchŭrie bŭrie. Saudara saudaraku, bilangkanlah kiranya kasukaan bŭsar adanya, apabila kamu jatoh dalam bŭrbagie bagie pŭrchobaan. Sŭbab kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa pŭrchobaan imanmu itu mŭndatangkan sabar. Tŭtapi biarlah kiranya sabar itu mŭnyampornakan lakunya, supaya kamu kŭlak mŭnjadi samporna dan langkap, suatu pun tiada bŭrkurangan. Adapun jikalau kiranya barang sa’orang deripada kamu yang korang budi, maka biarlah dipohonkannya itu kapada Allah, yang mŭngurniai kapada sagala manusia dŭngan kabibasannya, dan tiadalah iya mŭnghŭrdikkan; mŭlainkan akan dikurniakannya padanya. Tŭtapi biarlah iya mŭmohonkan itu dŭngan iman, janganlah dŭngan gondah, kŭrna orang yang mŭnaroh gondah itu, iya itu spŭrti ombak dilaut yang ditolakkan ulih angin sŭrta digonchang gonchangkannya. Maka janganlah orang itu mŭnyangkakan, bahwa iya akan mŭnŭrima barang apa deripada Tuhan. Adapun orang yang ingatan bŭrchabang itu iya tiada tŭtap dalam sagala jalannya. Maka biarlah kiranya saudara yang dalam hal miskin itu, bŭrgŭmarlah sŭbab iya tŭlah ditinggikan. Tŭtapi saudara yang kaya itu, sŭbab iya dirŭndahkannya: kŭrna spŭrti bunga rŭmput adanya, iya kŭlak akan lŭnyap. Kŭrna matahari itu sŭrta iya tŭrbit dŭngan panas kras, dilayukanlah akan rŭmput itu, maka bunganya itu pun gugorlah, dan kaelokkan rupanya pun hilanglah: maka dŭmkianlah juga adanya orang kaya itupun akan layu dalam halnya. Bŭrbahgialah kiranya bagie orang yang mŭnahan akan pŭrchobaan: kŭrna apabila iya sudah dichobai, iya kŭlak akan mŭnŭrima mahkota slamat yang tŭlah dijanjikan Tuhan kapada sagala orang yang mŭngasihi akan dia.

YAKOBUS 1:1-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Daripada Yakobus, hamba Allah dan hamba Tuhan Yesus Kristus, Kepada dua belas suku yang tersebar di serata dunia: Sambutlah salam daripadaku. Saudara-saudaraku, anggaplah sebagai suatu kebahagiaan apabila kamu menghadapi pelbagai cubaan, kerana kamu tahu bahawa ujian terhadap imanmu menghasilkan ketabahan. Pastikan bahawa ketabahanmu itu berterusan, sehingga kamu menjadi sempurna tanpa sebarang kekurangan pun. Sekiranya seseorang di antaramu kurang bijaksana, dia haruslah berdoa kepada Allah supaya mengurniakan kebijaksanaan kepadanya, kerana Allah memberi dengan murah hati kepada semua orang tanpa memandang kesalahan mereka. Akan tetapi, apabila dia memohon, dia mesti beriman sepenuhnya. Dia tidak harus ragu-ragu, kerana orang yang ragu-ragu itu umpama ombak laut yang terumbang-ambing ditiup angin. Orang seperti itu tidak boleh berharap untuk menerima apa-apa daripada Tuhan; pendiriannya tidak tetap dan dia sentiasa teragak-agak melakukan sesuatu. Saudara yang hidup dalam keadaan sederhana patut bermegah dengan kedudukannya yang tinggi. Orang yang kaya pula patut bermegah dengan kedudukannya yang rendah, kerana dia boleh lenyap laksana bunga rumput. Sewaktu matahari meninggi, sinarnya yang panas menyebabkan rumput itu layu sehingga bunganya gugur lalu musnah keindahannya. Begitulah halnya dengan orang kaya yang akan lenyap ketika mengurus perniagaannya. Diberkatilah orang yang tabah menghadapi cubaan. Apabila mereka berjaya menangani cubaan itu, mereka akan mendapat mahkota kehidupan yang telah dijanjikan Allah kepada orang yang mengasihi-Nya.

YAKOBUS 1:1-12

YAKOBUS 1:1-12 BMYAKOBUS 1:1-12 BMYAKOBUS 1:1-12 BM