YESAYA 7:10-15
YESAYA 7:10-15 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN menyampaikan satu lagi perkhabaran kepada Raja Ahas. “Mintalah supaya TUHAN, Allahmu memberikan satu tanda kepadamu, sama ada dari dunia orang mati di bawah, atau dari langit di atas.” Raja Ahas menjawab, “Beta tidak mahu meminta tanda. Beta tidak mahu menguji TUHAN.” Lalu Yesaya berkata, “Dengarlah baik-baik, hai keturunan Raja Daud. TIdak cukupkah tuanku menguji kesabaran manusia? Mestikah tuanku menguji kesabaran Allah hamba juga? Baiklah, Tuhan sendiri akan memberikan tanda kepada tuanku: seorang gadis yang mengandung akan melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya ‘Imanuel.’ Apabila anak itu cukup dewasa untuk membuat keputusannya sendiri, negeri itu akan makmur.
YESAYA 7:10-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
TUHAN berfirman lagi kepada Ahas, “Mintalah suatu tanda daripada TUHAN, Allahmu, entah dari tempat yang terdalam atau dari tempat yang tertinggi di atas.” Tetapi Ahas berkata, “Aku tidak mahu meminta. Aku tidak mahu menguji TUHAN.” Kata Nabi Yesaya, “Dengarlah, wahai keturunan kaum Daud! Belum cukupkah kamu menguji kesabaran manusia, sehingga kamu mahu menguji kesabaran Allahku juga? Oleh sebab itu Tuhan sendiri akan memberikan tanda kepadamu: Sesungguhnya, seorang anak dara akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia akan menamainya Immanuel. Anak itu akan makan dadih dan madu sampai dia tahu menolak yang jahat dan memilih yang baik.