TUHAN berfirman lagi kepada Ahas, “Mintalah suatu tanda daripada TUHAN, Allahmu, entah dari tempat yang terdalam atau dari tempat yang tertinggi di atas.” Tetapi Ahas berkata, “Aku tidak mahu meminta. Aku tidak mahu menguji TUHAN.” Kata Nabi Yesaya, “Dengarlah, wahai keturunan kaum Daud! Belum cukupkah kamu menguji kesabaran manusia, sehingga kamu mahu menguji kesabaran Allahku juga? Oleh sebab itu Tuhan sendiri akan memberikan tanda kepadamu: Sesungguhnya, seorang anak dara akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia akan menamainya Immanuel. Anak itu akan makan dadih dan madu sampai dia tahu menolak yang jahat dan memilih yang baik.
Baca Yesaya 7
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Yesaya 7:10-15
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video