YESAYA 54:5-8
YESAYA 54:5-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Penciptamu seperti suami bagimu, nama-Nya TUHAN Yang Maha Kuasa. Allah Israel, Allah yang suci ialah Penyelamat kamu, Dialah Allah penguasa seluruh dunia. Hai Israel, kamu seperti seorang isteri yang muda, yang sedih kerana ditinggalkan oleh suaminya. Tetapi TUHAN memanggil kamu kembali kepada-Nya. Dia berfirman, “Sebentar saja Aku telah meninggalkan kamu, tetapi dengan penuh kasih Aku akan mengambil kamu kembali. Aku berpaling daripadamu sebentar saja kerana Aku sangat murka, tetapi Aku akan mengasihi kamu selama-lamanya.” Demikianlah firman TUHAN, Penyelamat kamu.
YESAYA 54:5-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sesungguhnya, Dia yang menjadikan engkau seperti suami bagimu, TUHAN alam semesta ialah nama-Nya. Penebusmu ialah Yang Maha Suci, Allah Israel. Dia disebut Allah semesta bumi. TUHAN memanggil engkau seperti memanggil isteri yang ditinggalkan dan yang bersusah hati, iaitu isteri yang dikahwin pada masa muda tetapi kemudian ditolak,” demikianlah firman Allahmu. “Seketika sahaja Aku meninggalkan engkau, tetapi dengan kasih sayang yang besar Aku akan mengumpulkan engkau. Dalam luapan murka-Ku Aku menyembunyikan hadirat-Ku daripadamu seketika sahaja, tetapi dengan kasih yang kekal Aku mengasihani engkau,” demikianlah firman TUHAN, Penebusmu.