YESAYA 52:13-15
YESAYA 52:13-15 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman, “Hamba-Ku akan berjaya dalam tugasnya; dia akan disanjung tinggi. Dahulu banyak orang terperanjat melihat dia, kerana rupanya dicacati sehingga tidak lagi seperti rupa manusia. Tetapi sekarang bangsa-bangsa hairan melihat dia, raja-raja terpegun kerana kagum. Mereka akan melihat dan memahami perkara-perkara yang belum pernah diketahui mereka.”
YESAYA 52:13-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sesungguhnya, hamba-Ku akan bertindak bijaksana. Dia akan ditinggikan, dijunjung, dan sangat dimuliakan. Sebagaimana ramai orang tercengang melihat dia — begitu rosak rupanya sehingga tidak seperti manusia lagi dan susuknya tidak seperti anak manusia lagi — demikianlah dia akan mengejutkan banyak bangsa. Raja-raja akan menutup mulut melihat dia, kerana mereka akan melihat apa yang belum pernah diceritakan kepada mereka dan memahami apa yang belum pernah didengar mereka.