IBRANI 9:9-14
IBRANI 9:9-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Hal ini melambangkan zaman sekarang. Maknanya, semua persembahan dan korban binatang yang dipersembahkan kepada Allah tidak dapat menyempurnakan hati nurani orang yang membawa persembahan. Semua itu hanya berkenaan dengan makanan, minuman, dan berbagai-bagai upacara penyucian. Semua itu hanya peraturan lahir yang berlaku sehingga masanya Allah mengadakan pembaharuan. Tetapi Kristus sudah datang sebagai Imam Agung daripada perkara-perkara baik, yang sudah ada di sini. Khemah tempat Dia menjalankan tugas sebagai Imam Agung, adalah lebih penting dan lebih sempurna. Khemah itu tidak dibuat oleh manusia, ertinya bukan sebahagian daripada dunia yang diciptakan ini. Ketika Kristus memasuki Bilik Maha Suci sekali sahaja untuk selama-lamanya, Dia tidak membawa darah kambing dan darah lembu jantan untuk dipersembahkan. Tetapi Dia membawa darah-Nya sendiri, dan dengan demikian Dia membebaskan kita selama-lamanya. Darah kambing dan darah lembu jantan, serta abu daripada korban anak lembu, dipercikkan ke atas orang yang najis menurut peraturan agama. Perbuatan itu menyucikan mereka daripada semua yang menajiskan mereka. Jika orang dapat disucikan dengan cara itu, darah Kristus lebih berkuasa pula! Melalui Roh yang kekal, Kristus mempersembahkan diri-Nya sendiri kepada Allah sebagai korban yang sempurna. Darah-Nya akan menyucikan hati nurani kita daripada upacara agama yang sia-sia, supaya kita boleh mengabdikan diri kepada Allah yang hidup.
IBRANI 9:9-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka itulah tŭlah mŭnjadi suatu tanda pada dewasa itu, maka dalamnya itu dipŭrsŭmbahkan kaduanya pŭmbrian pŭmbrian dan korban korban, yang tiada dapat mŭnjadikan orang yang mŭngŭrjakan itu samporna, iya itu deri hal angan angan hatinya itu; Yang bŭrgantong sahja dŭngan makanan dan minuman, dan bŭrbagie bagie basoh, dan rukun rukun deri hal tuboh, yang tŭlah dilŭtakkan kapada marika itu sampie kapada zaman akan diubahkan. Tŭtapi ulih sŭbab Almasih tŭlah datang iya itu akan mŭnjadi imam yang bŭsar atas pŭrkara pŭrkara yang baik yang akan datang kŭlak, dŭngan mŭnŭrusi suatu khemah tŭmpat sŭmbahyang yang tŭrlebih bŭsar, dan tŭrlebih samporna, iya itu yang tiada dipŭrbuat dŭngan tangan manusia, dan bukannya bangunan ini; Atau bukannya pula dŭngan darah kambing atau anak lŭmbu, mŭlainkan dŭngan darahnya sŭndiri iya tŭlah masok skali gus pada tŭmpat yang suchi itu, sŭbab sudah iya bŭrulih tŭbusan yang kŭkal bagie kami. Kŭrna jikalau kiranya darah lŭmbu jantan atau kambing, dan habu lŭmbu bŭtina yang dipŭrchekkan kapada orang nŭjis itu, dapat mŭnyuchikan prihal mŭmpŭrsihkan tuboh itu, Maka brapakah lagi lebihnya pula darah Almasih, yang tŭlah mŭmpŭrsŭmbahkan dirinya kapada Allah dŭngan bŭrkat Roh yang kŭkal dŭngan tiada kachŭlaan, akan mŭnyuchikan angan angan hati kamu deripada pŭkŭrjaan yang mŭndatangkan kabinasaan, supaya bŭribadat kapada Allah yang hidop itu?
IBRANI 9:9-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ini melambangkan zaman ini, ketika persembahan dan korban dipersembahkan tetapi tidak menjadikan orang yang menjalankan ibadat itu sempurna dari segi hati nurani. Semua ini hanya soal makanan dan minuman, pelbagai upacara pembasuhan iaitu rukun-rukun lahiriah yang dikenakan hingga sampai masa pembaharuan. Tetapi Kristus datang sebagai Imam Besar bagi perkara-perkara baik yang akan datang, dengan khemah yang lebih besar dan lebih sempurna, yang bukan buatan manusia, bukan sebahagian daripada kejadian alam. Bukan dengan darah kambing atau anak lembu, tetapi dengan darah-Nya sendiri, Dia masuk ke dalam Tempat Yang Maha Suci, sekali untuk selama-lamanya, kerana Dia mendapatkan penebusan yang kekal. Jika darah lembu jantan dan kambing serta abu lembu betina muda yang direnjiskan ke atas orang bernajis dapat menyucikan jasadnya secara lahiriah, lebih-lebih lagilah darah Kristus, yang melalui Roh kekal mempersembahkan diri-Nya tanpa cela kepada Allah, menyucikan hati nuranimu daripada perbuatan yang mati supaya kamu dapat beribadat kepada Allah yang hidup.