IBRANI 9:25-26
IBRANI 9:25-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Setiap tahun Imam Agung Yahudi masuk ke dalam Bilik Maha Suci dengan membawa darah seekor binatang. Tetapi Kristus tidak masuk untuk mempersembahkan diri-Nya berulang kali; kerana jika demikian, Dia harus menderita berulang kali sejak dunia ini dijadikan. Sebaliknya, sekarang pada zaman akhir ini Dia menunjukkan diri satu kali sahaja untuk selama-lamanya, bagi menghapuskan dosa dengan mengorbankan diri-Nya sendiri.
IBRANI 9:25-26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka bukannya pula iya patut mŭmpŭrsŭmbahkan dirinya krap kali, spŭrti imam bŭsar yang masok kadalam tŭmpat yang suchi itu, pada tiap tiap tahun dŭngan mŭmbawa darah lain lain. Kŭrna jikalau kiranya dŭmkian itu, saharusnyalah iya mŭnanggong seksa kŭrap kali deripada pŭrmulaan dunia: tŭtapi skarang ini skali sahja sampie akhir dunia, maka iya tŭlah mŭnyatakan dirinya akan mŭmbuangkan dosa dŭngan mŭngkorbankan dirinya sŭndiri.
IBRANI 9:25-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dia tidak perlu mempersembahkan diri-Nya berkali-kali, sebagaimana Imam Besar masuk ke Tempat Yang Maha Suci setiap tahun dengan membawa darah makhluk lain. Andainya demikian, terpaksalah Dia menderita berkali-kali sejak permulaan dunia. Dia tampil sekali sahaja, sewaktu akhir zaman ini, untuk menghapuskan dosa dengan mengorbankan diri-Nya.