IBRANI 9:23-28
IBRANI 9:23-28 Alkitab Berita Baik (BM)
Hal-hal yang melambangkan perkara-perkara di syurga, perlu disucikan dengan cara tersebut. Tetapi perkara-perkara di syurga itu memerlukan korban yang jauh lebih baik. Kristus tidak masuk ke Bilik Suci buatan manusia, yang hanya melambangkan Bilik Suci sebenarnya. Tetapi Kristus masuk ke syurga; di sana Dia sekarang menghadap hadirat Allah sebagai wakil kita. Setiap tahun Imam Agung Yahudi masuk ke dalam Bilik Maha Suci dengan membawa darah seekor binatang. Tetapi Kristus tidak masuk untuk mempersembahkan diri-Nya berulang kali; kerana jika demikian, Dia harus menderita berulang kali sejak dunia ini dijadikan. Sebaliknya, sekarang pada zaman akhir ini Dia menunjukkan diri satu kali sahaja untuk selama-lamanya, bagi menghapuskan dosa dengan mengorbankan diri-Nya sendiri. Semua orang mesti mati satu kali, dan setelah itu dihakimi oleh Allah. Demikian juga Kristus dipersembahkan sebagai korban satu kali sahaja untuk menghapuskan dosa banyak orang. Dia akan menunjukkan diri sekali lagi, bukan untuk menyelesaikan masalah dosa, tetapi untuk menyelamatkan orang yang menantikan Dia.
IBRANI 9:23-28 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu haruslah kiranya sagala pŭrkara tauladan turotan yang dishorga itu disuchikan dŭngan dŭmkian, tŭtapi pŭrkara pŭrkara yang dishorga itu sŭndirinya disuchikan dŭngan korban korban yang lebih baik deripada ini. Kŭrna bukannya Almasih itu masok kadalam tŭmpat tŭmpat yang suchi itu, yang tŭlah dipŭrbuat dŭngan tangan manusia, yang ada mŭngibaratkan yang bŭnar itu, mŭlainkan kadalam shorga yang sŭbŭnarnya, supaya mŭnghadap Allah ulih kŭrna kita skarang. Maka bukannya pula iya patut mŭmpŭrsŭmbahkan dirinya krap kali, spŭrti imam bŭsar yang masok kadalam tŭmpat yang suchi itu, pada tiap tiap tahun dŭngan mŭmbawa darah lain lain. Kŭrna jikalau kiranya dŭmkian itu, saharusnyalah iya mŭnanggong seksa kŭrap kali deripada pŭrmulaan dunia: tŭtapi skarang ini skali sahja sampie akhir dunia, maka iya tŭlah mŭnyatakan dirinya akan mŭmbuangkan dosa dŭngan mŭngkorbankan dirinya sŭndiri. Dan spŭrti yang tŭlah ditŭntukan, adapun sagala manusia itu akan mati skali juga, tŭtapi kumdian deripada itu kŭlak hari hukum: Maka dŭmkian sudah Almasih itu skali juga tŭlah dikorbankan akan mŭnanggong dosa orang banyak; maka pada orang yang mŭnantikan dia itu, iya kŭlak akan tampak pada kadua kalinya dŭngan tiada dosa, mŭlainkan slamat.
IBRANI 9:23-28 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Salinan segala yang terdapat di syurga perlu disucikan dengan ini, tetapi segala yang di syurga itu sendiri memerlukan korban yang lebih mulia. Kristus tidaklah masuk ke tempat suci yang dibuat dengan tangan manusia, iaitu salinan tempat suci sejati. Dia telah masuk ke syurga itu sendiri, di hadirat Allah untuk kita. Dia tidak perlu mempersembahkan diri-Nya berkali-kali, sebagaimana Imam Besar masuk ke Tempat Yang Maha Suci setiap tahun dengan membawa darah makhluk lain. Andainya demikian, terpaksalah Dia menderita berkali-kali sejak permulaan dunia. Dia tampil sekali sahaja, sewaktu akhir zaman ini, untuk menghapuskan dosa dengan mengorbankan diri-Nya. Sebagaimana manusia ditentukan mati sekali, dan selepas itu dihakimkan, begitulah Kristus telah dikorbankan sekali untuk dosa semua manusia. Kepada mereka yang menunggu-Nya dengan penuh pengharapan, Dia akan datang bagi kali kedua, bukan untuk menanggung dosa tetapi untuk menyelamatkan mereka.