IBRANI 6:9-12
IBRANI 6:9-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi, saudara-saudara yang tercinta, meskipun kami berkata demikian, kami yakin akan kamu. Kami tahu bahawa kamu mempunyai berkat-berkat yang lebih baik, yang termasuk dalam penyelamatan kamu. Allah bukannya tidak adil. Dia tidak melupakan apa yang sudah kamu lakukan bagi-Nya, ataupun kasih yang kamu tunjukkan kepada-Nya dengan menolong sesama saudara Kristian, baik dahulu mahupun sekarang. Kami ingin sekali supaya setiap orang di kalangan kamu terus bergiat sehingga akhir, supaya segala perkara yang kamu harap-harapkan itu boleh kamu terima. Kami tidak mahu kamu menjadi malas. Hiduplah seperti mereka yang menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah, kerana percaya kepada-Nya dan bersabar.
IBRANI 6:9-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi kŭkasih, kami pŭrchayalah akan pŭrkara pŭrkara yang tŭrlebih baik derihal kamu, iya itu pŭrkara pŭrkara yang mŭmbawa slamat, sungguhpun kami tŭlah bŭrkata dŭmkian itu. Kŭrna Allah itu bukan iya tiada adil akan mŭlupakan pŭrbuatan dan kalŭlahan pŭngasihanmu itu, yang tŭlah kamu mŭnyatakan kŭrna namamu itu, sŭbab kamu tŭlah bŭrkhodmat kapada orang orang salih, dan ada bŭrkhodmat kapada marika itu skarang pun. Maka adapun kahandak kami, biarlah masing masing kamu mŭnunjokkan bŭrsamaan rajin, supaya akan bŭrulih harap dŭngan sŭpŭnoh pŭnoh katŭntuan sampie kasudahannya; Supaya jangan kamu bŭrlalie, mŭlainkan handaklah kamu mŭnjadi pŭngikot akan orang orang deri sŭbab iman, dan sabarnya, iya tŭlah bŭrulih bŭrkat pŭrjanjian itu.
IBRANI 6:9-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Namun demikian, saudara-saudara yang dikasihi, sungguhpun kami berkata demikian, kami yakin bahawa perkara yang lebih baik akan berlaku kepadamu, ya, perkara yang mengiringi penyelamatan. Allah sentiasa adil dan tidak akan melupakan kerja serta usaha kasih yang telah kamu tunjukkan untuk nama-Nya, iaitu kamu telah dan sedang melayan orang yang salih. Kami mahu setiap orang daripada kamu menunjukkan kesungguhan usaha yang sama untuk memberi sepenuh keyakinan terhadap harapanmu hingga ke akhir. Janganlah kamu menjadi lembap; teladani mereka yang mewarisi janji itu melalui iman dan kesabaran.