IBRANI 6:19-20
IBRANI 6:19-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Harapan kita itu seperti sauh yang menjadi pegangan hidup yang kuat dan aman. Harapan itu menembusi tirai Bilik Maha Suci di Rumah Tuhan di syurga. Yesus telah masuk ke situ lebih dahulu daripada kita, dan Dia menjadi Imam Agung yang kekal seperti Imam Melkisedek.
IBRANI 6:19-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun harap itulah yang ada pada kami, iya itu spŭrti satu sauh bagie nyawa adanya, iya itu tŭntu dan tŭtap, dan yang kŭlak masok kadalam tirie. Maka disanalah pŭnganjur itupun tŭlah masok kŭrna kami, iya itu Isa yang dijadikan imam bŭsar hingga slama lamanya mŭnurot mŭrtabat Malkussedik.
IBRANI 6:19-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kita mempunyai harapan ini sebagai sauh kepada jiwa kita, tetap dan teguh, dan masuk sampai ke balik tirai. Di situ perintis jalan telah masuk untuk kita, iaitu Yesus, yang telah menjadi Imam Besar untuk selama-lamanya menurut peraturan Melkisedek.