IBRANI 6:18-19
IBRANI 6:18-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Dua perkara itu tidak dapat berubah, iaitu janji-Nya dan sumpah-Nya. Allah tidak dapat berdusta tentangnya. Oleh itu, kita yang sudah pergi kepada-Nya untuk mendapat perlindungan, sangat digalakkan supaya berpegang teguh kepada harapan yang ada di hadapan kita. Harapan kita itu seperti sauh yang menjadi pegangan hidup yang kuat dan aman. Harapan itu menembusi tirai Bilik Maha Suci di Rumah Tuhan di syurga.
IBRANI 6:18-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Supaya ulih dua pŭrkara yang tiada bulih bŭrubah ubah itu, iya itu mustahillah adanya Allah itu bŭrdusta, maka kami pun bulih mŭndapat pŭnghiburan yang bŭsar yang tŭlah lari bŭrlindong akan mŭnchapie pŭngharapan yang ditarohkan dihadapan kami itu: Adapun harap itulah yang ada pada kami, iya itu spŭrti satu sauh bagie nyawa adanya, iya itu tŭntu dan tŭtap, dan yang kŭlak masok kadalam tirie.
IBRANI 6:18-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan adanya dua perkara yang tidak mungkin berubah, sedangkan Allah tidak mungkin berdusta, maka hati kita tetap. Kita telah lari mencari tempat berlindung untuk berpegang kepada harapan yang dihulurkan kepada kita. Kita mempunyai harapan ini sebagai sauh kepada jiwa kita, tetap dan teguh, dan masuk sampai ke balik tirai.