IBRANI 6:17-20
IBRANI 6:17-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Allah hendak meyakinkan orang yang akan menerima apa yang dijanjikan-Nya, bahawa Dia tidak sekali-kali akan mengubah maksud-Nya. Itulah sebabnya Dia menambah sumpah pada janji-Nya itu. Dua perkara itu tidak dapat berubah, iaitu janji-Nya dan sumpah-Nya. Allah tidak dapat berdusta tentangnya. Oleh itu, kita yang sudah pergi kepada-Nya untuk mendapat perlindungan, sangat digalakkan supaya berpegang teguh kepada harapan yang ada di hadapan kita. Harapan kita itu seperti sauh yang menjadi pegangan hidup yang kuat dan aman. Harapan itu menembusi tirai Bilik Maha Suci di Rumah Tuhan di syurga. Yesus telah masuk ke situ lebih dahulu daripada kita, dan Dia menjadi Imam Agung yang kekal seperti Imam Melkisedek.
IBRANI 6:17-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dalam itu, sŭbab Allah amat sangat bŭrkahandak mŭngunjokkan kapada warith warith pŭrjanjian itu katŭtapan maksudnya, dikukohkan dŭngan sumpah. Supaya ulih dua pŭrkara yang tiada bulih bŭrubah ubah itu, iya itu mustahillah adanya Allah itu bŭrdusta, maka kami pun bulih mŭndapat pŭnghiburan yang bŭsar yang tŭlah lari bŭrlindong akan mŭnchapie pŭngharapan yang ditarohkan dihadapan kami itu: Adapun harap itulah yang ada pada kami, iya itu spŭrti satu sauh bagie nyawa adanya, iya itu tŭntu dan tŭtap, dan yang kŭlak masok kadalam tirie. Maka disanalah pŭnganjur itupun tŭlah masok kŭrna kami, iya itu Isa yang dijadikan imam bŭsar hingga slama lamanya mŭnurot mŭrtabat Malkussedik.
IBRANI 6:17-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan demikian Allah, untuk menunjukkan kepada waris-waris janji itu bahawa kehendak-Nya tidak mungkin berubah, telah mengesahkannya dengan sumpah. Dengan adanya dua perkara yang tidak mungkin berubah, sedangkan Allah tidak mungkin berdusta, maka hati kita tetap. Kita telah lari mencari tempat berlindung untuk berpegang kepada harapan yang dihulurkan kepada kita. Kita mempunyai harapan ini sebagai sauh kepada jiwa kita, tetap dan teguh, dan masuk sampai ke balik tirai. Di situ perintis jalan telah masuk untuk kita, iaitu Yesus, yang telah menjadi Imam Besar untuk selama-lamanya menurut peraturan Melkisedek.