IBRANI 6:1-3
IBRANI 6:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, marilah kita menuju kepada kedewasaan kehidupan Kristian, dan jangan hanya perhatikan ajaran asas tentang Kristus. Janganlah kita ulangi ajaran asas tentang hal berhenti melakukan yang sia-sia dan tentang kepercayaan kepada Allah, atau ajaran asas tentang baptisan dan tentang hal meletakkan tangan pada orang, atau tentang kebangkitan orang mati dan hukuman yang kekal. Marilah kita menjadi orang Kristian yang dewasa! Jika diizinkan Allah, hal inilah yang akan kita lakukan!
IBRANI 6:1-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
ADAPUN sŭbab itu tinggalkanlah alif ba ta pŭngajaran Almasih itu, maka biarlah kami mŭnjalani akan jalan yang samporna; maka janganlah pula kami kŭmbali mŭmbuboh alasan taubat deripada pŭrbuatan yang mati, dan deri hal iman akan Allah. Dan deri hal rukun baptisan, dan deri hal rukun buboh tangan ka’atas orang, dan deri hal orang mati bŭrbangkit, dan deri hal hukum kŭkal. Insha Allah, inilah yang kami handak bŭrbuat.
IBRANI 6:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan demikian, marilah kita tinggalkan perbincangan asas ajaran tentang Kristus dan terus beralih kepada kesempurnaan. Usahlah kita letakkan asas lagi, iaitu taubat daripada perbuatan yang sia-sia, dan beriman kepada Allah, ajaran tentang pembaptisan, penumpangan tangan, kebangkitan daripada kematian, dan hukuman yang kekal. Kita akan melakukannya jika Allah mengizinkan.