IBRANI 6:1-12

IBRANI 6:1-12 Alkitab Berita Baik (BM)

Oleh itu, marilah kita menuju kepada kedewasaan kehidupan Kristian, dan jangan hanya perhatikan ajaran asas tentang Kristus. Janganlah kita ulangi ajaran asas tentang hal berhenti melakukan yang sia-sia dan tentang kepercayaan kepada Allah, atau ajaran asas tentang baptisan dan tentang hal meletakkan tangan pada orang, atau tentang kebangkitan orang mati dan hukuman yang kekal. Marilah kita menjadi orang Kristian yang dewasa! Jika diizinkan Allah, hal inilah yang akan kita lakukan! Hal itu demikian, kerana orang yang tidak mahu percaya kepada Kristus lagi, tidak dapat dipimpin kembali supaya bertaubat. Mereka pernah berada dalam terang Allah; mereka pernah menikmati pemberian Allah, dan menerima Roh Allah yang menjadi bahagian mereka. Melalui pengalaman, mereka tahu bahawa firman Allah baik, dan mereka telah merasai kuasa daripada kurnia Allah pada zaman yang akan datang. Tetapi sesudah itu mereka tidak mahu percaya kepada Kristus lagi! Tidak mungkin mereka dipimpin kembali supaya bertaubat, kerana mereka menyalibkan Anak Allah lagi dan mempermalukan Dia di hadapan umum. Allah memberkati tanah yang menghisap air hujan yang sering turun ke atasnya, lalu tanah itu menghasilkan tanam-tanaman yang berguna bagi orang yang menanamnya. Tetapi jika tanah itu mengeluarkan duri dan lalang, maka tanah itu tidak berguna. Tanah itu akan dikutuk oleh Allah dan dimusnahkan oleh api. Tetapi, saudara-saudara yang tercinta, meskipun kami berkata demikian, kami yakin akan kamu. Kami tahu bahawa kamu mempunyai berkat-berkat yang lebih baik, yang termasuk dalam penyelamatan kamu. Allah bukannya tidak adil. Dia tidak melupakan apa yang sudah kamu lakukan bagi-Nya, ataupun kasih yang kamu tunjukkan kepada-Nya dengan menolong sesama saudara Kristian, baik dahulu mahupun sekarang. Kami ingin sekali supaya setiap orang di kalangan kamu terus bergiat sehingga akhir, supaya segala perkara yang kamu harap-harapkan itu boleh kamu terima. Kami tidak mahu kamu menjadi malas. Hiduplah seperti mereka yang menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah, kerana percaya kepada-Nya dan bersabar.

IBRANI 6:1-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

ADAPUN sŭbab itu tinggalkanlah alif ba ta pŭngajaran Almasih itu, maka biarlah kami mŭnjalani akan jalan yang samporna; maka janganlah pula kami kŭmbali mŭmbuboh alasan taubat deripada pŭrbuatan yang mati, dan deri hal iman akan Allah. Dan deri hal rukun baptisan, dan deri hal rukun buboh tangan ka’atas orang, dan deri hal orang mati bŭrbangkit, dan deri hal hukum kŭkal. Insha Allah, inilah yang kami handak bŭrbuat. Kŭrna mustahillah pada marika itu yang sudah skali ditrangkan, dan yang tŭlah mŭrasai anugrah deri shorga, dan yang tŭlah bŭrulih Roh Alkudus, Dan yang tŭlah mŭrasai pŭrkataan yang baik deripada Allah itu, dan kwasa deri hal zaman yang akan datang itu, Maka jikalau marika itu mungkir ta’kan bulih dibahrui kŭmbali dŭngan taubat? sŭbab tampaknya marika itu tŭlah mŭnsalibkan anak Allah itu bagie dirinya sŭndiri skali lagi, dan mŭnjadikan dia malu nyata nyata. Kŭrna bumi ini yang mŭnghisapkan ayer hujan yang turon ka’atas itu slalu, dan yang mŭnumbohkan tumboh tumbohan yang bŭrguna bagie orang mŭnyŭdiakan dia, bŭrulih bŭrkat deripada Allah adanya: Tŭtapi yang mŭnumbohkan duri dan onak ditolakkan, maka iya itu hampir kapada laanat; dan akhirnya iya itu kŭlak akan dibakar. Tŭtapi kŭkasih, kami pŭrchayalah akan pŭrkara pŭrkara yang tŭrlebih baik derihal kamu, iya itu pŭrkara pŭrkara yang mŭmbawa slamat, sungguhpun kami tŭlah bŭrkata dŭmkian itu. Kŭrna Allah itu bukan iya tiada adil akan mŭlupakan pŭrbuatan dan kalŭlahan pŭngasihanmu itu, yang tŭlah kamu mŭnyatakan kŭrna namamu itu, sŭbab kamu tŭlah bŭrkhodmat kapada orang orang salih, dan ada bŭrkhodmat kapada marika itu skarang pun. Maka adapun kahandak kami, biarlah masing masing kamu mŭnunjokkan bŭrsamaan rajin, supaya akan bŭrulih harap dŭngan sŭpŭnoh pŭnoh katŭntuan sampie kasudahannya; Supaya jangan kamu bŭrlalie, mŭlainkan handaklah kamu mŭnjadi pŭngikot akan orang orang deri sŭbab iman, dan sabarnya, iya tŭlah bŭrulih bŭrkat pŭrjanjian itu.

IBRANI 6:1-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Dengan demikian, marilah kita tinggalkan perbincangan asas ajaran tentang Kristus dan terus beralih kepada kesempurnaan. Usahlah kita letakkan asas lagi, iaitu taubat daripada perbuatan yang sia-sia, dan beriman kepada Allah, ajaran tentang pembaptisan, penumpangan tangan, kebangkitan daripada kematian, dan hukuman yang kekal. Kita akan melakukannya jika Allah mengizinkan. Bagi orang yang pernah mengenal kebenaran, telah mengecap pemberian dari syurga, telah mendapat bahagian dalam Roh Kudus, telah merasakan kebaikan firman Allah dan kuasa zaman akan datang, jika mereka berpaling, mustahil untuk membawa mereka bertaubat semula, kerana mereka telah menyalib Anak Allah sekali lagi bagi diri mereka serta memalukan-Nya di mata orang ramai. Tanah yang menghirup air hujan yang sering menimpanya, lalu mengeluarkan tanam-tanaman yang berguna bagi orang, adalah diberkati Allah. Sebaliknya, jika tanah itu mengeluarkan duri dan lalang, maka ia disingkirkan serta hampir dilaknat, dan akhirnya dibakar. Namun demikian, saudara-saudara yang dikasihi, sungguhpun kami berkata demikian, kami yakin bahawa perkara yang lebih baik akan berlaku kepadamu, ya, perkara yang mengiringi penyelamatan. Allah sentiasa adil dan tidak akan melupakan kerja serta usaha kasih yang telah kamu tunjukkan untuk nama-Nya, iaitu kamu telah dan sedang melayan orang yang salih. Kami mahu setiap orang daripada kamu menunjukkan kesungguhan usaha yang sama untuk memberi sepenuh keyakinan terhadap harapanmu hingga ke akhir. Janganlah kamu menjadi lembap; teladani mereka yang mewarisi janji itu melalui iman dan kesabaran.