IBRANI 1:3-4
IBRANI 1:3-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Dia memancarkan kemuliaan Allah yang gilang-gemilang dan Dia perwujudan Allah sendiri. Dia memelihara keutuhan alam semesta ini dengan firman-Nya yang berkuasa. Setelah Dia memungkinkan manusia dibebaskan daripada dosa, Dia duduk di syurga di sebelah kanan Allah, Penguasa Yang Tertinggi. Anak itu mendapat kedudukan yang jauh lebih tinggi daripada malaikat, dan nama yang diberikan oleh Allah kepada-Nya pun jauh lebih terhormat daripada nama-nama malaikat.
IBRANI 1:3-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka iyalah juga chahya kamuliannya, dan pŭta kaadaannya yang sŭbŭnar bŭnar, dan yang mŭnanggong sŭmŭsta skalian dŭngan kwasa pŭrkataannya, sŭtlah iya sŭndiri dirinya tŭlah mŭnghapuskan sagala dosa kami, maka iya pun dudoklah disŭblah kanan Allah yang maha tinggi. Maka iya tŭlah dijadikan tŭrlebih baik deripada sagala mŭliekat, sŭbab dŭngan bŭrpusaka iya tŭlah mŭndapat suatu nama yang tŭrlebih mulia deripada marika itu.
IBRANI 1:3-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Anak itu adalah sinar gemilang kemuliaan Allah dan gambaran sempurna kewujudan-Nya. Dia memelihara segala-segalanya dengan kekuasaan firman-Nya. Setelah menghapuskan dosa kita melalui diri-Nya sendiri, Dia duduk di sebelah kanan Yang Maha Mulia yang bertakhta di syurga. Diri-Nya jauh lebih baik daripada para malaikat; kerana melalui warisan, Dia telah mendapat nama yang lebih cemerlang daripada mereka.