KEJADIAN 8:15-20
KEJADIAN 8:15-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Allah berfirman kepada Nuh, “Keluarlah dari bahtera bersama-sama isterimu, anak-anakmu serta isteri-isteri mereka. Bawalah keluar semua burung dan binatang darat, yang kecil mahupun yang besar, supaya burung dan binatang itu dapat berkembang biak dan tersebar ke seluruh bumi.” Nuh keluar dari bahtera bersama dengan isterinya, anak-anaknya serta isteri masing-masing. Semua burung dan binatang darat keluar dari bahtera, tiap-tiap jenis bersama dengan kelompok sejenisnya. Nuh mendirikan sebuah mazbah untuk TUHAN. Dia mengambil seekor daripada tiap-tiap jenis burung dan binatang yang halal, lalu di atas mazbah itu, dia mempersembahkan semuanya sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN.
KEJADIAN 8:15-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Berfirmanlah Allah kepada Nuh, “Keluarlah dari bahtera itu, engkau berserta isterimu, anak-anakmu, dan para menantu perempuanmu. Bawalah keluar kesemua makhluk bernyawa yang ada bersama-samamu, iaitu segala burung, haiwan, dan segala binatang melata yang merayap di bumi. Biarkan kesemua makhluk itu memenuhi bumi, berkembang biak, dan bertambah banyak di bumi.” Maka keluarlah Nuh berserta anak-anaknya, isterinya, dan para menantu perempuannya. Seterusnya keluar pula dari bahtera itu menurut jenisnya segala haiwan liar, segala binatang melata, segala burung, iaitu semua yang bergerak di bumi. Lalu Nuh mendirikan sebuah mazbah, iaitu tempat mempersembahkan korban bakaran kepada TUHAN. Maka dia mengambil beberapa ekor daripada setiap binatang yang halal dan daripada setiap jenis burung yang halal, lalu dipersembahkannya korban bakaran di atas mazbah itu.