KEJADIAN 25:21-27
KEJADIAN 25:21-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh sebab Ribka tidak mempunyai anak, Ishak berdoa kepada TUHAN untuk isterinya. TUHAN mengabulkan doanya sehingga Ribka mengandung. Ribka mengandung anak kembar. Sebelum anak-anak itu lahir, mereka bergelut di dalam rahim. Ribka berkata, “Mengapakah perkara seperti ini harus berlaku kepadaku?” Oleh itu dia memohon petunjuk daripada TUHAN. TUHAN berfirman kepadanya, “Dua bangsa berada di dalam kandunganmu. Engkau akan melahirkan dua bangsa yang bermusuhan. Yang seorang lebih kuat daripada yang lain; yang sulung akan melayani yang bongsu.” Masanya tiba bagi Ribka untuk bersalin, lalu dia melahirkan anak lelaki kembar. Anak yang sulung kemerah-merahan dan kulitnya seperti jubah yang berbulu, maka anak itu dinamakannya Esau. Apabila anak yang kedua dilahirkan, tangannya memegang tumit Esau, maka anak itu dinamakannya Yakub. Ishak berumur enam puluh tahun ketika anak-anak itu dilahirkan. Kedua-dua orang anak itu membesar; Esau menjadi seorang pemburu yang mahir dan suka tinggal di padang, tetapi Yakub bersifat tenang dan suka tinggal di khemah.
KEJADIAN 25:21-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ishak berdoa kepada TUHAN untuk isterinya, kerana isterinya itu mandul. TUHAN mengabulkan doanya, lalu Ribka, isterinya pun mengandung. Namun demikian, anak-anaknya bertolak-tolakan dalam kandungannya sehingga dia berkata, “Mengapakah hal ini berlaku kepadaku?” Lalu pergilah dia mencari petunjuk TUHAN. Firman TUHAN kepadanya, “Dua bangsa ada dalam kandunganmu, dan dua suku bangsa akan terpencar daripada rahimmu. Suku bangsa yang satu akan lebih kuat daripada yang lain, dan yang tua akan melayan yang muda.” Setelah tibanya bagi Ribka untuk bersalin, ternyata ada anak kembar dalam kandungannya. Yang pertama keluar dalam keadaan kemerah-merahan, dan seluruh tubuhnya seperti jubah berbulu. Oleh sebab itu dia dinamai Esau. Kemudian keluarlah adiknya. Tangannya memegang tumit Esau, sehingga dia dinamai Yakub. Ishak berumur enam puluh tahun ketika mereka dilahirkan. Kedua-dua orang anak itu menjadi besar. Esau menjadi pemburu yang mahir dan suka tinggal di padang, manakala Yakub seorang yang tenang dan suka tinggal di khemah.