KEJADIAN 25:21-23
KEJADIAN 25:21-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh sebab Ribka tidak mempunyai anak, Ishak berdoa kepada TUHAN untuk isterinya. TUHAN mengabulkan doanya sehingga Ribka mengandung. Ribka mengandung anak kembar. Sebelum anak-anak itu lahir, mereka bergelut di dalam rahim. Ribka berkata, “Mengapakah perkara seperti ini harus berlaku kepadaku?” Oleh itu dia memohon petunjuk daripada TUHAN. TUHAN berfirman kepadanya, “Dua bangsa berada di dalam kandunganmu. Engkau akan melahirkan dua bangsa yang bermusuhan. Yang seorang lebih kuat daripada yang lain; yang sulung akan melayani yang bongsu.”
KEJADIAN 25:21-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ishak berdoa kepada TUHAN untuk isterinya, kerana isterinya itu mandul. TUHAN mengabulkan doanya, lalu Ribka, isterinya pun mengandung. Namun demikian, anak-anaknya bertolak-tolakan dalam kandungannya sehingga dia berkata, “Mengapakah hal ini berlaku kepadaku?” Lalu pergilah dia mencari petunjuk TUHAN. Firman TUHAN kepadanya, “Dua bangsa ada dalam kandunganmu, dan dua suku bangsa akan terpencar daripada rahimmu. Suku bangsa yang satu akan lebih kuat daripada yang lain, dan yang tua akan melayan yang muda.”