KEJADIAN 15:13-16
KEJADIAN 15:13-16 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman kepadanya, “Keturunanmu akan menjadi orang asing di negeri lain; mereka akan menjadi hamba di sana dan akan ditindas selama empat ratus tahun. Tetapi Aku akan menghukum bangsa yang memperhamba keturunanmu itu. Apabila keturunanmu meninggalkan negeri itu, mereka akan membawa banyak harta benda. Engkau sendiri akan lanjut usia; engkau akan meninggal dengan tenang, lalu dikebumikan. Selepas empat generasi, keturunanmu akan kembali ke sini, kerana Aku tidak akan mengusir orang Amori sebelum mereka menjadi terlalu jahat sehingga harus dihukum.”
KEJADIAN 15:13-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian TUHAN berfirman kepada Abram, “Ketahuilah sesuatu yang pasti bahawa keturunanmu akan menjadi pendatang di negeri orang dan akan diperhamba serta ditindas selama empat ratus tahun. Akan tetapi, Aku akan menghukum bangsa yang memperhamba mereka, dan setelah itu mereka akan keluar dari negeri itu dengan membawa harta benda yang banyak. Akan tetapi, kamu pula akan pergi kepada nenek moyangmu dengan sejahtera. Kamu akan dimakamkan pada usia yang sangat tua. Keturunan yang keempat akan kembali ke sini, kerana kejahatan orang Amori belum mencapai tahap puncaknya.”