TUHAN berfirman kepadanya, “Keturunanmu akan menjadi orang asing di negeri lain; mereka akan menjadi hamba di sana dan akan ditindas selama empat ratus tahun. Tetapi Aku akan menghukum bangsa yang memperhamba keturunanmu itu. Apabila keturunanmu meninggalkan negeri itu, mereka akan membawa banyak harta benda. Engkau sendiri akan lanjut usia; engkau akan meninggal dengan tenang, lalu dikebumikan. Selepas empat generasi, keturunanmu akan kembali ke sini, kerana Aku tidak akan mengusir orang Amori sebelum mereka menjadi terlalu jahat sehingga harus dihukum.”
Baca KEJADIAN 15
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: KEJADIAN 15:13-16
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video