KEJADIAN 11:4-7
KEJADIAN 11:4-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Mereka berkata, “Mari kita bina kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai-cerai di seluruh bumi.” Kemudian TUHAN turun untuk melihat kota dan menara yang dibina oleh manusia. Dia berfirman, “Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan hal ini baru permulaan rancangan mereka. Tidak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa sahaja yang dikehendaki mereka. Marilah Kita turun dan kacau bahasa mereka supaya mereka tidak memahami satu sama lain.”
KEJADIAN 11:4-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Seterusnya berkatalah mereka pula, “Ayuh kita bangunkan sebuah kota raya dan sebuah menara yang puncaknya menanjak sampai ke langit. Mari kita cari nama bagi diri kita, supaya kita tidak berserakan ke seluruh muka bumi.” Lalu turunlah TUHAN untuk mengamati kota dan menara yang dibangunkan oleh anak-anak manusia. Maka berfirmanlah TUHAN, “Sesungguhnya, jika mereka yang satu bangsa, dan sama bahasa pertuturan mereka sudah mula membuat sebegini maka apa-apa pun niat yang hendak dilaksanakan mereka tidak ada yang tidak dapat dicapai oleh mereka. Baiklah Kita turun dan mencelarukan bahasa di seluruh bumi agar mereka bingung sehingga mereka tidak saling mengerti bahasa satu sama lain.”