Kejadian 11

11
Penyerakan bangsa-bangsa Babel
1Di seluruh bumi cuma satu bahasa dan satu loghat pada ketika itu. 2Sewaktu perjalanan mereka ke sebelah timur, mereka menemukan dataran di Tanah Sinear lalu menetaplah mereka di situ. 3Berkatalah mereka sesama sendiri, “Ayuh kita membuat batu bata dan membakarnya dengan sempurna.” Batu bata itu digunakan mereka sebagai pengganti batu, dan lepa pula sebagai pengganti tanah liat. 4Seterusnya berkatalah mereka pula, “Ayuh kita bangunkan sebuah kota raya dan sebuah menara yang puncaknya menanjak sampai ke langit. Mari kita cari nama bagi diri kita, supaya kita tidak berserakan ke seluruh muka bumi.”
5Lalu turunlah TUHAN untuk mengamati kota dan menara yang dibangunkan oleh anak-anak manusia. 6Maka berfirmanlah TUHAN, “Sesungguhnya, jika mereka yang satu bangsa, dan sama bahasa pertuturan mereka sudah mula membuat sebegini maka apa-apa pun niat yang hendak dilaksanakan mereka tidak ada yang tidak dapat dicapai oleh mereka. 7Baiklah Kita#11:7 ‘Baiklah Kita’: ‘Kita’ di sini merujuk kepada Allah dan malaikat-malaikat. Tetapi, ada pakar teologi yang berpendapat bahawa ‘Kita’ (huruf besar) merujuk kepada Allah, Firman-Nya, dan Roh-Nya. turun dan mencelarukan bahasa di seluruh bumi agar mereka bingung sehingga mereka tidak saling mengerti bahasa satu sama lain.” 8Demikianlah TUHAN mencerai-beraikan dan menyerakkan mereka ke seluruh muka bumi, lalu mereka berhenti membina kota raya itu. 9Itulah sebabnya nama kota raya itu Babel kerana di sanalah TUHAN mencelarukan bahasa seluruh bumi dan dari sanalah TUHAN menyerakkan umat manusia ke seluruh muka bumi.
Keturunan Sem
10Inilah keturunan Sem. Setelah Sem berusia 100 tahun, lahirlah kepadanya Arpakhsad, dua tahun selepas banjir besar. 11Selepas kelahiran Arpakhsad, Sem hidup 500 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki dan perempuan yang lain.
12Setelah Arpakhsad berusia 35 tahun, lahirlah kepadanya Selah. 13Selepas kelahiran Selah, Arpakhsad hidup 403 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki dan perempuan yang lain.
14Setelah Selah berusia 30 tahun, lahirlah kepadanya Eber. 15Selepas kelahiran Eber, Selah hidup 403 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki dan perempuan yang lain.
16Setelah Eber berusia 34 tahun, lahirlah kepadanya Peleg. 17Selepas kelahiran Peleg, Eber hidup 430 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki dan perempuan yang lain.
18Setelah Peleg berusia 30 tahun, lahirlah kepadanya Rehu. 19Selepas kelahiran Rehu, Peleg hidup 209 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki dan perempuan.
20Setelah Rehu berusia 32 tahun, lahirlah kepadanya Serug. 21Selepas kelahiran Serug, Rehu hidup 207 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki dan perempuan yang lain.
22Setelah Serug berusia 30 tahun, lahirlah kepadanya Nahor. 23Selepas kelahiran Nahor, Serug hidup 200 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki dan perempuan.
24Setelah Nahor berusia 29 tahun, lahirlah kepadanya Terah. 25Selepas kelahiran Terah, Nahor hidup 119 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki dan perempuan yang lain.
26Setelah Terah berusia 70 tahun, lahirlah kepadanya Abram,#11:26 Nama Abram kemudiannya diganti menjadi Abraham oleh Allah (lihat Kej. 17:5). Nahor, dan Haran.
Keturunan Terah
27Inilah keturunan Terah. Terah dikurniai anak, iaitu Abram, Nahor, dan Haran. Seterusnya Haran dikurniai anak iaitu Lut. 28Haran meninggal lebih dahulu daripada Terah, ayahnya, di tanah kelahirannya, Ur-Kasdim. 29Kemudian Abram dan Nahor meminang isteri. Nama isteri Abram ialah Sarai, dan nama isteri Nahor ialah Milka, anak Haran. Haran ialah ayah Milka dan Yiska. 30Akan tetapi, Sarai mandul dan tidak mempunyai anak.
31Terah membawa Abram anaknya, Lut anak Haran cucunya, serta Sarai menantunya, iaitu isteri Abram anaknya, keluar bersama-sama dari Ur-Kasdim untuk pergi ke Tanah Kanaan. Tetapi ketika sampai di Haran, mereka pun menetap di sana. 32Setelah Terah mencapai usia 205 tahun, meninggallah dia di Haran.

Terpilih Sekarang Ini:

Kejadian 11: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk