GALATIA 5:1-25

GALATIA 5:1-25 Alkitab Berita Baik (BM)

Kita sekarang bebas, kerana Kristus telah membebaskan kita! Oleh itu pertahankanlah kebebasan kamu dan jangan biarkan diri kamu diperhamba lagi. Dengarlah! Aku, Paulus, berkata kepada kamu: Jika kamu membenarkan orang menyunat kamu, hal ini bererti bahawa apa yang dilakukan oleh Kristus untuk kamu tidak bermakna apa-apa. Sekali lagi aku memberikan peringatan kepada orang yang membiarkan dirinya disunat, bahawa dia wajib mentaati segenap Taurat itu! Jika kamu berusaha untuk berbaik semula dengan Allah melalui ketaatan kepada Taurat, kamu telah memutuskan hubungan dengan Kristus. Dengan demikian kamu hidup di luar naungan rahmat Allah. Tetapi bagi kami, kami berharap bahawa dengan pertolongan Roh Allah dan berdasarkan kepercayaan kami kepada Kristus, Allah memungkinkan kami berbaik semula dengan Dia. Kerana pada masa kita bersatu dengan Kristus Yesus, bersunat atau tidak bersunat tidaklah menjadi soal. Yang penting hanyalah kepercayaan kepada Kristus, dan hal itu nyata dalam kasih kita kepada orang lain. Dahulu kamu berjuang dengan baik. Siapakah yang menyebabkan kamu berhenti mentaati ajaran Tuhan? Siapakah yang sudah memujuk kamu? Tentu bukan Allah, yang telah memanggil kamu. Seperti kata orang, “Ragi yang sedikit boleh menjadikan seluruh adunan naik.” Meskipun demikian aku masih yakin bahawa kamu tidak akan mengikut pendirian lain, kerana kita semua sudah bersatu dengan Tuhan. Aku pun yakin bahawa orang yang mengacau fikiran kamu pasti akan dihukum oleh Allah. Tetapi tentang aku, saudara-saudaraku, jika aku mengajarkan bahawa orang perlu bersunat, mengapa aku masih dimusuhi? Jika aku masih berbuat demikian, maka perkhabaranku tentang salib Kristus tidak seharusnya menimbulkan persoalan. Aku berharap supaya semua orang yang mengacau fikiran kamu memisahkan diri daripada jemaah Kristian. Saudara-saudaraku, kamu sudah dipanggil untuk menjadi orang bebas. Tetapi janganlah jadikan kebebasan itu alasan untuk membiarkan diri dikuasai oleh hawa nafsu. Sebaliknya, kamu harus saling mengasihi dan saling menolong, kerana segenap Taurat tersimpul dalam satu perintah ini: “Kasihilah sesamamu manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.” Tetapi jika kamu berlaku seperti binatang, saling mencedera dan menyakiti, berwaspadalah. Jika tidak, kamu akan membinasakan satu sama lain. Inilah maksudku: Biarlah Roh Allah memimpin hidup kamu dan janganlah hidup menurut keinginan tabiat manusia. Hal itu demikian, kerana keinginan manusia bertentangan dengan keinginan Roh Allah, dan keinginan Roh Allah bertentangan dengan keinginan manusia. Kedua-duanya saling bermusuhan sehingga kamu tidak dapat melakukan apa yang kamu inginkan. Tetapi jika Roh Allah memimpin kamu, kamu tidak dikuasai oleh Taurat. Keinginan tabiat manusia nyata dalam semua perbuatan cabul, lucah, dan tidak senonoh; dalam penyembahan berhala dan penggunaan ilmu sihir. Orang bermusuhan dan berkelahi; mereka cemburu, lekas marah, dan mementingkan diri sendiri. Mereka berpecah dan berpihak-pihak, mereka iri hati, suka mabuk, berpesta liar, dan sebagainya. Aku memperingatkan kamu sekarang sebagaimana aku telah memperingatkan kamu dahulu: Orang yang melakukan perbuatan-perbuatan itu tidak akan menikmati Pemerintahan Allah. Sebaliknya, inilah hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Allah: Mereka saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati, dan dapat mengawal diri. Tidak ada hukum yang melarang perkara-perkara seperti itu. Demikianlah, orang yang menjadi milik Kristus Yesus sudah mematikan tabiat manusia dengan segala nafsu dan keinginannya. Roh Allah telah memberikan hidup baru kepada kita; oleh itu Dia juga harus menguasai hidup kita.

GALATIA 5:1-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

ADAPUN sŭbab itu bŭrdirilah tŭtap kami dalam hal bibas yang tŭlah dibibaskan ulih Almasih akan kami, maka janganlah pula lagi kamu bŭrsangkotan dŭngan kok pŭrhambaan itu. Bahwa sŭsungguhnya aku Paulus bŭrkata pada kamu, maka jikalau kiranya kamu bŭrsunat, maka Almasih itu kŭlak tiadalah mŭnjadi guna pada kamu. Kŭrna bŭrsaksilah pula lagi aku kapada barang siapa yang bŭrsunat, maka iya itulah sa’orang bŭrhutang akan bŭrbuat sagala pŭrkara hukum tauret. Maka Almasih itu kŭlak mŭnjadi satu pun tiadalah guna pada kamu, barang siapa deripada kamu yang tŭlah dibŭnarkan ulih tauret; maka kamu tŭlah gugorlah deripada anugrah. Kŭrna kami ini dŭngan bŭrkat Roh itu mŭnantikan harap akan dibŭnarkan ulih iman. Kŭrna pada Isa Almasih itu tiada bŭrguna, baik bŭrsunat atau tidak bŭrsunat, mŭlainkan iman yang dilakukan dŭngan kasih. Maka kamu dahulu lari baik, maka siapakah yang tŭlah mŭnahankan kamu supaya jangan kamu mŭnurot yang bŭnar itu. Adapun ajak itu bukannya deripada yang tŭlah mŭnjumpot kamu. Maka ragi yang sŭdikit itu mŭnghamirkan samua gumpal tŭpong. Maka adalah kuharap kamu dŭngan bŭrkat Tuhan, tiadalah kamu mŭnaroh ingatan yang lain; tŭtapi orang yang mŭngarukan kamu itu, iya kŭlak akan mŭnanggong hukumnya, siapa pun baik. Adapun aku ini, hie saudara saudara, jikalau ada lagi aku mŭngajar deri hal bŭrsunat itu, mŭngapakah aku ini diannyayakan juga? maka jikalau dŭmkian, kadŭngkian deri kŭrna salib itu bŭrhŭntilah sudah. Hie, kukahandakilah supaya marika itu dichŭriekan juga yang mŭngarukan kamu itu. Kŭrna, hie saudara saudara, kamu ini tŭlah dijŭmpot dalam hal kabibasan; maka jaganlah kamu mŭmakie kabibasan itu, akan mŭnurotkan hawa nafsu, mŭlainkan dŭngan kasihlah kamu bŭrlaku sa’orang dŭngan sa’orang. Kŭrna sagala hukum tauret itu, tŭlah tŭrhimpon dalam sa’patah kata juga, iya itu dŭmkian ini; Handaklah angkau mŭngasihi samamu manusia itu spŭrti dirimu sŭndiri. Tŭtapi jikalau kamu mŭngigit, atau mŭmakan sa’orang akan sa’orang, maka ingatlah kamu supaya jangan kŭlak kamu hangus kaduanya. Maka inilah pŭrkataanku, Bahwa handaklah kamu mŭnurot jalan Roh, maka tiadalah kŭlak kamu bŭrbuat kainginnan hawa nafsu itu. Kŭrna hawa nafsu itu ingin handak mŭlawan Roh, dan Roh itupun mŭlawan hawa nafsu itu: maka kaduanya itu bŭrlawan lawanan adanya: sahingga tiadalah dapat kamu mŭngadakan barang yang kamu kahandaki itu. Tŭtapi jikalau kamu kŭlak dipimpin ulih Roh, nŭschaya kamu tiadalah dibawah hukum tauret, Skarang adapun sagala pŭkŭrjaan hawa nafsu itu nyatalah, iya itu dŭmkian, bŭrzinah, dan bŭrsundalan, dan kachŭmaran, dan pŭrchabolan; Mŭnyŭmbah bŭrhala, dan hubatan, dan pŭrsŭtruan, dan pŭrbantahan, dan iri hati, dan pŭrkŭliehan, dan pŭrchŭdraan, dan salah fikiran dalam agama; Dan kadŭngkian, dan bunoh, dan mabok, dan pŭrlentean, dan barang sŭbagienya; maka deri hal pŭrkara itulah aku tŭlah bŭrkata pada kamu dahulu, spŭrti yang tŭlah kukatakan pada masa yang tŭlah lalu, bahwa marika itu yang bŭrbuat pŭrkara pŭrkara yang tŭrsŭbut itu, maka iya itu tiada kŭlak akan mŭmpusakai krajaan Allah. Tŭtapi buah buahan Roh itu, iya itu kasih, dan kasukaan, dan pŭrdamiean, dan panjang hati, dan lŭmah lŭmbut, dan kabajikan, dan sŭtia, Dan karŭndahan hati, dan mŭnahan nafsu; bahwa tiadalah hukum yang mŭlawan akan pŭrkara yang dŭmkian. Tŭtapi sagala orang yang milik Almasih itu tŭlah mŭnsalibkan hawa nafsunya itu, sŭrta dŭngan chita chita dan kainginannya pun. Maka jikalau kiranya kami hidop ulih Roh, maka biarlah kiranya kami mŭnurot jalan Roh.

GALATIA 5:1-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Demi kemerdekaan Kristus telah memerdekakan kita. Oleh itu, berpegang teguhlah kepada kemerdekaan yang telah diberikan oleh Kristus kepada kita, dan jangan biarkan diri dibelenggu oleh kuk perhambaan semula. Dengarlah kata-kataku! Aku, Paulus, bersaksi kepadamu bahawa jika kamu bersunat kelak, tiada berfaedahlah Kristus kepadamu. Dan aku bersaksi lagi kepada setiap orang yang bersunat, bahawa dia berhutang dan mesti mengerjakan seluruh hukum Taurat. Kamu yang berusaha untuk diperbenar melalui hukum Taurat telah terpisah daripada Kristus. Kamu telah terkeluar daripada kasih kurnia Allah. Kita, melalui Roh dan dengan iman, bersungguh-sungguh menantikan harapan mendapat perbenaran. Kerana dalam Kristus Yesus, sama ada bersunat ataupun tidak tiada ertinya, melainkan iman bekerja melalui kasih. Dahulu perjalananmu baik. Siapakah yang telah menghalangmu sehingga kamu tidak lagi menurut yang benar? Pujukan ini bukannya daripada Tuhan yang memanggilmu. “Sedikit ragi pun akan meragikan tepung segumpal.” Aku yakin padamu, dalam Tuhan, bahawa fikiranmu tidak akan bercabang; tetapi orang yang mengacau fikiranmu itu akan menerima hukumannya, walau siapa pun dia. Saudara-saudara, jika aku masih menyebarkan ajaran supaya orang bersunat, mengapakah aku masih dianiaya? Kalau begitu, salib itu tidak lagi menjadi penghalang. Ingin kuminta agar orang yang mengacau fikiranmu itu mengasingkan diri mereka sendiri! Kerana kamu, saudara-saudara, telah dipanggil untuk mendapat kebebasan. Cuma, janganlah gunakan kebebasan sebagai kesempatan memuaskan hawa nafsu; tetapi berkhidmatlah untuk satu sama lain dengan kasih. Kerana seluruh hukum Taurat terlaksana dalam satu ayat: “Kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri.” Tetapi jika kamu gigit-menggigit dan makan-memakan sesama sendiri, berhati-hatilah, jangan sampai kamu saling membinasakan. Aku berkata, melangkahlah menurut Roh, maka kamu tidak akan memuaskan keinginan sifat tabii. Kerana keinginan tabii manusia menentang Roh, dan Roh menentang keinginan tabii manusia. Kedua-duanya berlawanan, supaya kamu tidak melakukan apa yang hendak kamu lakukan. Tetapi jika kamu dipimpin oleh Roh, kamu tidaklah di bawah hukum Taurat. Kelakuan tabii manusia adalah nyata: perbuatan cabul, kecemaran dan kelucahan; menyembah berhala dan sihir; kebencian, perbalahan, hasad dengki, letusan kemarahan, cita-cita untuk kebesaran diri, perselisihan, berpuak-puak dan iri hati; kemabukan, berpesta keterlaluan, dan sebagainya. Tentang ini aku berkata kepadamu, sebagaimana sudah kukatakan kepadamu dahulu, bahawa orang yang mengamalkan perkara-perkara demikian tidak akan mewarisi kerajaan Allah. Sebaliknya, buah Roh ialah kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut dan penguasaan diri. Tiada hukum yang menentang segala ini. Mereka yang menjadi milik Kristus Yesus telah menyalib tabii manusia berserta hawa nafsu dan keinginannya. Jika kita hidup dalam Roh, marilah kita berbuat segalanya dalam Roh juga.

GALATIA 5:1-25

GALATIA 5:1-25 BMGALATIA 5:1-25 BMGALATIA 5:1-25 BM