GALATIA 4:5-7
GALATIA 4:5-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Dia diutus untuk membebaskan orang yang hidup di bawah Taurat, supaya kita boleh menjadi anak-anak Allah. Kerana kamu anak-anak Allah, Allah menyuruh Roh Anak-Nya masuk ke dalam hati kita. Roh itulah yang menyebabkan kita berseru, “Bapa, ya Bapaku.” Dengan demikian kamu bukan lagi abdi, tetapi anak. Kerana kamu anak-Nya, Allah akan mengurniai kamu segala yang telah disediakan untuk anak-anak-Nya.
GALATIA 4:5-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Supaya ditŭbusnya akan sagala orang yang tŭrta’lok dibawah hukum tauret, supaya kami bŭrulih pangkat anak anak angkat. Adapun ulih sŭbab kamu anak anak adanya, maka Allah tŭlah mŭnyurohkan Roh Anaknya laki laki itu masok kadalam hati kamu yang bŭrsru, Abba, Ayah. Maka sŭbab itulah kamu bukannya lagi sa’orang hamba, mŭlainkan sa’orang anak, dan jikalau sa’orang anak, maka bahwasanya sa’orang warithlah bagie Allah dŭngan bŭrkat Almasih.
GALATIA 4:5-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
untuk menebus mereka yang di bawah hukum itu, supaya kita mendapat hak sepenuh sebagai anak. Dan kerana kamu anak-anak-Nya, Allah telah menghantar Roh Anak-Nya ke dalam hatimu, Roh yang berseru, “Abba, Bapa.” Dengan demikian kamu bukan lagi hamba tetapi anak; dan sebagai anak, Allah telah menjadikan kamu waris-Nya.