YEHEZKIEL 37:4-7
YEHEZKIEL 37:4-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Dia berfirman, “Bernubuatlah kepada tulang-tulang itu. Suruhlah tulang-tulang itu mendengar firman TUHAN. Beritahulah tulang-tulang itu bahawa Aku, TUHAN Raja berfirman kepada tulang kering itu, ‘Aku akan menghembuskan nafas ke dalam kamu supaya kamu hidup semula. Aku akan memberi kamu urat dan otot, serta menyalut kamu dengan kulit. Aku akan memberi kamu nafas supaya kamu hidup semula. Barulah kamu tahu bahawa Akulah TUHAN.’ ” Maka aku, Yehezkiel, bernubuat sebagaimana aku disuruh. Sedang aku bernubuat, aku mendengar bunyi berderak-derik, lalu tulang-tulang itu mula bersambung antara satu sama lain.
YEHEZKIEL 37:4-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Firman-Nya kepadaku, “Bernubuatlah kepada tulang-tulang ini dan katakan, ‘Wahai tulang-tulang yang kering, dengarlah firman TUHAN!’ Beginilah firman Tuhan ALLAH kepada tulang-tulang ini, ‘Sesungguhnya, Aku akan memberikan nafas kepadamu sehingga kamu hidup kembali. Aku akan memberikan urat kepadamu dan menumbuhkan daging padamu. Aku akan menutupi kamu dengan kulit dan memberi kamu nafas sehingga kamu hidup kembali. Maka kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.’ ” Lalu bernubuatlah aku seperti yang diperintahkan kepadaku. Pada waktu aku bernubuat, terdengarlah suatu bunyi, ya, bunyi derak-derak. Tulang-tulang itu berlekatan satu sama lain.