KELUARAN 2:23-25
KELUARAN 2:23-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Bertahun-tahun kemudian raja Mesir mangkat, tetapi orang Israel masih mengeluh kerana diperhamba dan mereka berseru minta tolong. Seruan mereka sampai kepada Allah. Allah mendengar seruan orang Israel, lalu Dia ingat akan perjanjian yang dibuat-Nya dengan Abraham, Ishak, dan Yakub. Allah melihat orang Israel diperhamba dan Dia mengambil berat tentang keadaan mereka.
KELUARAN 2:23-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tempoh masa yang panjang itu menyaksikan kemangkatan raja Mesir. Orang Israel masih berkeluh-kesah kerana diperhamba sedemikian teruk. Maka berseru-serulah mereka hingga doa dan teriakan mereka mengenai perhambaan itu sampai ke hadirat Allah. Allah mendengar keluhan mereka dan mengingati perjanjian-Nya dengan Abraham, Ishak, dan Yakub. Allah melihat betapa orang Israel menanggung segala penganiayaan itu dan Dia tahu akan keadaan mereka.