Keluaran 2
2
Kelahiran Musa
1Ada seorang lelaki daripada keturunan kaum Lewi yang memperisteri seorang perempuan suku Lewi. 2#Kis 7:20; Ibr 11:23.Perempuan itu kemudian mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki. Apabila dia melihat betapa elok dan sihatnya bayi itu, dia menyembunyikannya selama tiga bulan. 3Namun begitu, dia tidak dapat menyembunyikannya lebih lama, maka dia mengambil sebuah bakul daripada daun papirus, melapiskannya dengan selut dan perekat kayu, lalu membaringkan anak itu di dalamnya. Kemudian dia meletakkan bakul itu di tengah-tengah rumpun mensiang di tepi Sungai Nil. 4Kakak kepada anak itu berdiri agak jauh dari situ untuk mengetahui apa yang akan terjadi kepada adiknya.
5Kemudian datanglah puteri Firaun untuk mandi di Sungai Nil, sementara para dayangnya berjalan menelusur di tepi sungai. Terlihatlah dia bakul yang berada di tengah-tengah rumpun mensiang itu lalu disuruhnya para hamba perempuannya pergi mengambil bakul itu. 6Apabila dibukanya bakul itu, kelihatanlah bayi itu. Bayi itu pula sedang menangis, maka timbullah perasaan belas kasihannya kepada bayi tersebut. Katanya, “Ini tentunya salah seorang bayi orang Ibrani.”
7Lalu bertanyalah kakak bayi itu kepada puteri Firaun, “Bolehkah hamba pergi memanggil seorang inang penyusu daripada perempuan Ibrani untuk menyusui bayi ini bagi tuan puteri?”
8Jawab puteri Firaun kepadanya, “Baik, pergilah.” Gadis itu pun pergi memanggil ibu bayi itu. 9Lalu kata puteri Firaun kepada ibu itu, “Bawalah bayi ini dan susuilah dia bagiku. Aku akan memberi kamu upah.” Maka ibu itu mengambil bayi itu dan menyusuinya. 10#Kis 7:21.Setelah anak itu besar, ibu itu membawanya kepada puteri Firaun, yang menjadikannya anaknya. Dia menamai anak itu Musa, katanya, “Sebabnya aku menariknya keluar daripada air.”
Musa lari ke Tanah Midian
11 # Kis 7:23-28. # Ibr 11:24. Pada suatu hari, apabila Musa sudah besar, dia keluar untuk bersama-sama para saudara sebangsanya dan melihat bagaimana mereka menanggung beban sebagai buruh paksa. Dia melihat bagaimana seorang warga Mesir memukuli seorang Ibrani, iaitu orang sebangsanya. 12Setelah menoleh ke sana ke mari, dia mendapati tiada seorang pun di situ, lalu dia membunuh orang Mesir itu dan kemudian menyembunyikan mayat orang itu di dalam pasir. 13Ketika dia keluar lagi keesokan harinya, dia melihat dua orang Ibrani sedang berkelahi. Bertanyalah dia kepada orang yang bersalah, “Mengapakah kamu memukul rakan sebangsa denganmu?”
14Jawab orang itu, “Siapa yang menjadikan kamu pemerintah dan hakim kami? Adakah kamu berniat membunuhku sebagaimana kamu membunuh warga Mesir itu?” Maka Musa menjadi takut dan berfikir, “Pasti kejadian itu sudah diketahui orang.” 15#Kis 7:29; Ibr 11:27.Firaun yang terdengar hal itu pun berikhtiar untuk membunuh Musa, namun Musa sempat melarikan diri daripada Firaun dan tiba di Tanah Midian.
Lalu tinggallah dia dekat sebuah perigi di tempat itu.
16Di Midian ada seorang imam yang mempunyai tujuh orang anak perempuan. Para perempuan itu datang untuk menimba air dan mengisi palung-palung untuk memberikan minum kepada ternakan domba ayah mereka, 17tetapi para gembala datang mengusir mereka. Lalu Musa bangkit menolong mereka dan memberikan minum kepada kawanan ternakan domba mereka. 18Apabila mereka kembali kepada Rehuel, ayah mereka, Rehuel bertanya, “Mengapakah kamu pulang cepat hari ini?”
19Jawab mereka, “Ada warga Mesir yang menolong kami daripada gangguan para gembala, bahkan dia menimba air berlimpah-limpah untuk kami dan memberikan minum kawanan ternakan domba kita.”
20Katanya kepada anak-anaknya, “Di manakah orang itu? Mengapakah kamu tinggalkan dia? Ajaklah dia untuk makan.”
21Musa bersetuju untuk tinggal di rumah orang itu, lalu orang itu memberikan Zipora anaknya untuk diperisteri oleh Musa. 22Perempuan itu melahirkan seorang anak lelaki, lalu Musa menamainya Gersom, kerana katanya, “Aku telah menjadi seorang pendatang di negeri asing.”
23Tempoh masa yang panjang itu menyaksikan kemangkatan raja Mesir. Orang Israel masih berkeluh-kesah kerana diperhamba sedemikian teruk. Maka berseru-serulah mereka hingga doa dan teriakan mereka mengenai perhambaan itu sampai ke hadirat Allah. 24#Kej 15:13,14.Allah mendengar keluhan mereka dan mengingati perjanjian-Nya dengan Abraham, Ishak, dan Yakub. 25Allah melihat betapa orang Israel menanggung segala penganiayaan itu dan Dia tahu akan keadaan mereka.#2:25 ‘Dia tahu tentang keadaan mereka’ juga bermakna Tuhan mengambil berat terhadap mereka.
Terpilih Sekarang Ini:
Keluaran 2: AVB
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Alkitab Versi Borneo
Hak cipta © 2015 Borneo Sabda Limited