KELUARAN 1:17-19
KELUARAN 1:17-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi bidan-bidan itu takut akan Allah. Mereka tidak mahu melaksanakan perintah raja, sebaliknya mereka membiarkan bayi lelaki hidup. Kemudian raja memanggil bidan-bidan itu dan bertanya, “Mengapa kamu melakukan hal ini? Mengapa kamu membiarkan bayi lelaki hidup?” Mereka menjawab, “Perempuan Ibrani tidak seperti perempuan Mesir; perempuan Ibrani melahirkan anak dengan mudah saja. Sebelum bidan tiba, bayi sudah dilahirkan.”
KELUARAN 1:17-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Namun begitu, kerana bidan-bidan itu takut kepada Allah, mereka tidak bertindak mengikut seperti yang diperintahkan oleh raja Mesir kepada mereka. Mereka membiarkan hidup anak-anak lelaki yang lahir. Lalu raja Mesir memanggil para bidan itu dan bertanya kepada mereka, “Mengapakah kamu melakukan hal ini, membiarkan para bayi lelaki hidup?” Jawab para bidan itu kepada Firaun, “Sebabnya perempuan Ibrani tidak seperti perempuan Mesir. Mereka lebih kuat. Sebelum bidan tiba, mereka sudah siap bersalin.”