Namun begitu, kerana bidan-bidan itu takut kepada Allah, mereka tidak bertindak mengikut seperti yang diperintahkan oleh raja Mesir kepada mereka. Mereka membiarkan hidup anak-anak lelaki yang lahir. Lalu raja Mesir memanggil para bidan itu dan bertanya kepada mereka, “Mengapakah kamu melakukan hal ini, membiarkan para bayi lelaki hidup?” Jawab para bidan itu kepada Firaun, “Sebabnya perempuan Ibrani tidak seperti perempuan Mesir. Mereka lebih kuat. Sebelum bidan tiba, mereka sudah siap bersalin.”
Baca Keluaran 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Keluaran 1:17-19
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video