ULANGAN 29:12-15
ULANGAN 29:12-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu berada di sini pada hari ini untuk mengikat perjanjian yang dibuat oleh TUHAN, Allah kamu dengan kamu, dan untuk menerima kewajipan-kewajipannya. Dengan perjanjian itu, TUHAN mengesahkan kamu menjadi umat-Nya, dan Dia menjadi Allah kamu, seperti yang dijanjikan-Nya kepada kamu dan kepada nenek moyang kamu, Abraham, Ishak, dan Yakub. TUHAN membuat perjanjian ini dengan segala tuntutannya, bukan dengan kami sahaja melainkan dengan kita semua yang berdiri di sini pada hari ini, di hadapan TUHAN, Allah kita, dan juga dengan keturunan kita pada masa hadapan.”
ULANGAN 29:12-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu hadir untuk masuk ke dalam perjanjian TUHAN, Allahmu, serta ke dalam sumpah yang diikat TUHAN, Allahmu, denganmu pada hari ini, supaya Dia meneguhkan kamu pada hari ini sebagai umat-Nya dan supaya Dia menjadi Allahmu, seperti yang dijanjikan-Nya dan disumpah-Nya kepada nenek moyangmu, iaitu Abraham, Ishak, dan Yakub. Perjanjian serta sumpah ini bukan hanya kuikat dengan kamu sahaja, iaitu setiap orang yang pada hari ini berdiri di sini bersama dengan kita di hadapan TUHAN, Allah kita, melainkan juga dengan setiap orang yang pada hari ini tidak berada di sini bersama-sama kita.