Ulangan 29

29
Perjanjian dengan Allah diperbaharu
1Inilah perkataan perjanjian yang diikat Musa dengan orang Israel di Tanah Moab atas perintah TUHAN, di samping perjanjian yang telah diikat-Nya dengan mereka di Horeb.
2Musa memanggil semua orang Israel lalu berkata kepada mereka, “Kamu sudah melihat segala hal yang dilakukan TUHAN di hadapan matamu di Tanah Mesir terhadap Firaun, terhadap seluruh pegawainya, dan terhadap seluruh negerinya. 3Matamu sendiri melihat dugaan yang besar, tanda ajaib, dan mukjizat yang besar itu. 4Tetapi sampai sekarang ini TUHAN belum juga mengurniakan kepadamu akal budi untuk memahami, mata untuk melihat, dan telinga untuk mendengar. 5Aku telah memimpin kamu di gurun ini selama empat puluh tahun. Pakaianmu tidak menjadi lusuh di tubuhmu dan kasutmu tidak menjadi usang di kakimu. 6Roti tidak kamu makan dan air anggur atau minuman keras tidak kamu minum, supaya kamu tahu bahawa Akulah TUHAN, Allahmu. 7#Bil 21:21-30. Bil 21:31-35.Sesampainya kamu ke tempat ini, Sihon, raja Hesbon dan Og, raja Basan keluar menghadapi kita untuk berperang, tetapi kita mengalahkan mereka. 8#Bil 32:33.Kita merebut negeri mereka lalu memberikannya kepada suku Ruben, kepada suku Gad, dan kepada separuh suku Manasye sebagai harta pusaka mereka. 9Oleh sebab itu peganglah dengan teguh perkataan perjanjian ini dan lakukanlah semua itu, supaya kamu berhasil dalam segala sesuatu yang kamu lakukan.
10Pada hari ini kamu semua berdiri di hadapan TUHAN, Allahmu: para ketua sukumu, para tua-tuamu, para pengatur pasukanmu, semua lelaki Israel, 11anak-anakmu, isteri-isterimu, dan para pendatang yang ada di perkhemahanmu, juga para pembelah kayu api sampai para penimba air. 12Kamu hadir untuk masuk ke dalam perjanjian TUHAN, Allahmu, serta ke dalam sumpah yang diikat TUHAN, Allahmu, denganmu pada hari ini, 13supaya Dia meneguhkan kamu pada hari ini sebagai umat-Nya dan supaya Dia menjadi Allahmu, seperti yang dijanjikan-Nya dan disumpah-Nya kepada nenek moyangmu, iaitu Abraham, Ishak, dan Yakub. 14Perjanjian serta sumpah ini bukan hanya kuikat dengan kamu sahaja, 15iaitu setiap orang yang pada hari ini berdiri di sini bersama dengan kita di hadapan TUHAN, Allah kita, melainkan juga dengan setiap orang yang pada hari ini tidak berada di sini bersama-sama kita.
16Kamu tahu bagaimana kita tinggal di Tanah Mesir dan bagaimana kita berjalan di tengah-tengah bangsa yang telah kamu lalui. 17Kamu telah melihat barang-barang#29:17 Atau: Tuhan-tuhan. kejijikan dan berhala-berhala mereka yang terbuat daripada kayu, batu, perak, atau emas yang ada antara mereka. 18#Ibr 12:15.Jangan sampai ada antaramu lelaki, perempuan, kaum, ataupun suku yang pada hari ini hatinya berpaling daripada TUHAN, Allah kita, untuk pergi beribadat menyembah tuhan bangsa-bangsa itu. Jangan sampai ada antaramu akar yang menghasilkan pokok beracun atau buah yang pahit.
19Jika orang semacam itu mendengar perkataan laknat ini, dia menyangka bahawa dirinya tetap diberkati, katanya, ‘Aku akan tetap sejahtera, meskipun aku hidup dalam kedegilan hatiku.’ Akibatnya lenyaplah tanah yang basah mahupun yang kering. 20TUHAN tidak akan rela mengampuni orang itu. Sebaliknya, kemurkaan TUHAN serta kecemburuan-Nya akan membara terhadap orang itu pada waktu itu. Segala laknat yang tertulis dalam kitab ini akan menimpanya, dan TUHAN akan menghapuskan namanya dari kolong langit. 21TUHAN akan memisahkan dia daripada segala suku Israel dan membuatnya tertimpa bencana, selaras dengan segala laknat daripada perjanjian yang tertulis dalam Kitab Suci Taurat ini.
22Keturunan yang kemudian, iaitu anak-anakmu yang akan muncul setelah kamu, serta orang asing yang datang dari negeri jauh akan menyaksikan azab yang menimpa negeri itu, juga penderitaan yang didatangkan TUHAN kepadanya. 23#Kej 19:24,25.Seluruh negeri itu menjadi hangus dengan belerang dan garam, tidak dapat disemai, tidak dapat menumbuhkan sesuatu, dan tidak tumbuh sesuatu pun di atasnya, sama seperti kehancuran Sodom, Gomora, Adma, dan Zeboim, yang ditunggangbalikkan TUHAN dalam kemurkaan serta amarah-Nya. 24Segala bangsa akan berkata, ‘Mengapakah TUHAN memperlakukan negeri ini demikian? Apakah erti bernyala-nyalanya kemurkaan-Nya yang hebat ini?’ 25Lalu orang akan menjawab, ‘Sebab mereka mengabaikan perjanjian TUHAN, Allah nenek moyang mereka, yang diikat-Nya dengan mereka ketika Dia membawa mereka keluar dari Tanah Mesir. 26Mereka pergi beribadat menyembah tuhan-tuhan lain dan sujud menyembah semua itu, iaitu tuhan-tuhan yang tidak dikenal mereka dan yang tidak diperuntukkan TUHAN untuk mereka. 27Sebab itulah kemurkaan TUHAN menyala-nyala terhadap negeri ini, sehingga Dia mendatangkan ke atasnya segala kutukan yang tertulis dalam kitab ini. 28Dalam kemurkaan-Nya, kegusaran-Nya, serta dalam amarah-Nya yang besar TUHAN mencabut mereka daripada tanah mereka lalu dibuang-Nya mereka ke negeri lain, seperti yang terjadi pada hari ini.’
29Hal-hal yang tersembunyi adalah bagi TUHAN, Allah kita, tetapi hal-hal yang dinyatakan adalah bagi kita dan bagi anak-anak kita untuk selama-lamanya, supaya kita dapat mengikut semua kata dalam hukum Taurat ini.

Terpilih Sekarang Ini:

Ulangan 29: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami