ULANGAN 20:1-4
ULANGAN 20:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
“Apabila kamu keluar untuk berperang melawan musuh kamu, jangan takut ketika kamu nampak bilangan kereta kuda, kuda, dan askar musuh lebih besar daripada yang kamu punya. TUHAN, Allah kamu yang sudah menyelamatkan kamu dari Mesir akan menyertai kamu. Sebelum kamu mula berperang, seorang imam harus maju dan berkata kepada pasukan tentera, ‘Dengarlah, hai orang Israel! Hari ini kamu akan berperang. Jangan takut akan musuh, jangan hilang semangat, dan jangan cemas. TUHAN, Allah kamu akan menyertai kamu; Dia akan memberikan kemenangan kepada kamu.’
ULANGAN 20:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apabila engkau keluar berperang melawan musuh-musuhmu lalu melihat segala kuda dan rata, iaitu pasukan yang lebih besar daripada kamu, jangan takut kepada mereka kerana TUHAN, Allahmu, yang telah menuntun kamu keluar dari Tanah Mesir, menyertai kamu. Pada waktu kamu semakin menghampiri peperangan itu, hendaklah seorang imam maju ke hadapan dan berbicara kepada umat yakni pasukannya. Hendaklah dia berkata kepada mereka, ‘Dengarlah, wahai orang Israel! Pada hari ini kamu akan menghadapi peperangan melawan musuh-musuhmu. Jangan tawar hati, jangan takut, jangan gentar, dan jangan cemas kerana mereka sebab TUHAN, Allahmu, hadir menyertai kamu untuk berperang bagimu melawan musuh-musuhmu, dan memberimu kemenangan.’