Apabila engkau keluar berperang melawan musuh-musuhmu lalu melihat segala kuda dan rata, iaitu pasukan yang lebih besar daripada kamu, jangan takut kepada mereka kerana TUHAN, Allahmu, yang telah menuntun kamu keluar dari Tanah Mesir, menyertai kamu. Pada waktu kamu semakin menghampiri peperangan itu, hendaklah seorang imam maju ke hadapan dan berbicara kepada umat yakni pasukannya. Hendaklah dia berkata kepada mereka, ‘Dengarlah, wahai orang Israel! Pada hari ini kamu akan menghadapi peperangan melawan musuh-musuhmu. Jangan tawar hati, jangan takut, jangan gentar, dan jangan cemas kerana mereka sebab TUHAN, Allahmu, hadir menyertai kamu untuk berperang bagimu melawan musuh-musuhmu, dan memberimu kemenangan.’
Baca Ulangan 20
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Ulangan 20:1-4
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video