ULANGAN 16:13-16
ULANGAN 16:13-16 Alkitab Berita Baik (BM)
“Setelah kamu menebah semua gandum dan memeras semua buah anggur, rayakanlah Perayaan Pondok Daun selama tujuh hari. Bersukacitalah bersama dengan anak-anak kamu, pekerja-pekerja kamu, orang Lewi, orang bangsa asing, anak yatim piatu, dan balu yang tinggal di kota-kota kamu. Hormatilah TUHAN, Allah kamu dengan merayakan perayaan ini selama tujuh hari di satu tempat ibadat itu. Bersukacitalah kerana TUHAN sudah memberkati tuaian dan pekerjaan kamu. Semua orang lelaki bangsa kamu mesti datang untuk beribadat kepada TUHAN, Allah kamu tiga kali setahun, di satu tempat ibadat: pada Perayaan Paska, Perayaan Menuai, dan Perayaan Pondok Daun. Setiap orang lelaki harus membawa persembahan
ULANGAN 16:13-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Hendaklah kamu merayakan Perayaan Pondok Daun selama tujuh hari setelah engkau mengumpulkan hasil tempat pembantingan kamu dan tempat pemerasan anggurmu. Pada hari rayamu itu bersuka rialah engkau, anak lelakimu, anak perempuanmu, hambamu yang lelaki, hambamu yang perempuan, orang Lewi, pendatang, anak yatim, serta balu yang ada di kotamu. Hendaklah selama tujuh hari kamu mengadakan perayaan bagi TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih TUHAN, kerana TUHAN, Allahmu, akan memberkati segala hasil tanahmu dan segala pekerjaan tanganmu. Jadi, hendaklah engkau bersuka ria dengan bersungguh-sungguh. Tiga kali setahun, iaitu pada Perayaan Roti Tidak Beragi, Perayaan Tujuh Minggu, dan Perayaan Pondok Daun, hendaklah setiap lelaki dalam kalangan kamu menghadap hadirat TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih-Nya. Jangan seorang pun menghadap hadirat TUHAN dengan tangan kosong.