Hendaklah kamu merayakan Perayaan Pondok Daun selama tujuh hari setelah engkau mengumpulkan hasil tempat pembantingan kamu dan tempat pemerasan anggurmu. Pada hari rayamu itu bersuka rialah engkau, anak lelakimu, anak perempuanmu, hambamu yang lelaki, hambamu yang perempuan, orang Lewi, pendatang, anak yatim, serta balu yang ada di kotamu. Hendaklah selama tujuh hari kamu mengadakan perayaan bagi TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih TUHAN, kerana TUHAN, Allahmu, akan memberkati segala hasil tanahmu dan segala pekerjaan tanganmu. Jadi, hendaklah engkau bersuka ria dengan bersungguh-sungguh. Tiga kali setahun, iaitu pada Perayaan Roti Tidak Beragi, Perayaan Tujuh Minggu, dan Perayaan Pondok Daun, hendaklah setiap lelaki dalam kalangan kamu menghadap hadirat TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih-Nya. Jangan seorang pun menghadap hadirat TUHAN dengan tangan kosong.
Baca Ulangan 16
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Ulangan 16:13-16
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video