KOLOSE 1:15-24

KOLOSE 1:15-24 Alkitab Berita Baik (BM)

Kristus serupa dengan Allah, tetapi Kristus dapat dilihat, sedangkan Allah tidak. Kristus itu Anak sulung yang lebih utama daripada segala sesuatu yang diciptakan. Hal itu demikian kerana melalui Dialah Allah menciptakan segala sesuatu di syurga dan di atas bumi, segala sesuatu yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, termasuk juga roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah. Allah menciptakan alam semesta melalui Kristus dan untuk Kristus. Kristus sudah ada, sebelum segala sesuatu ada. Kerana Dia juga, segala sesuatu mempunyai tempat yang bersesuaian. Kristuslah kepala jemaah, iaitu tubuh-Nya. Dialah sumber kehidupan jemaah itu. Dialah Anak sulung Allah; Allah membangkitkan Dia daripada kematian, supaya Kristus sahaja yang menjadi terutama daripada segala sesuatu. Allah sendiri yang menentukan bahawa keperibadian Allah juga terdapat dengan sepenuhnya dalam diri Anak. Melalui Anak juga, Allah mengambil keputusan untuk membawa segala sesuatu, baik yang di bumi mahupun yang di syurga, kembali kepada-Nya. Allah melakukan hal itu melalui kematian Anak-Nya di kayu salib. Dahulu kamu jauh daripada Allah, dan memusuhi Dia, kerana perbuatan dan fikiran kamu jahat. Tetapi sekarang, dengan kematian Anak-Nya, Allah telah menjadikan kamu sahabat-sahabat-Nya, sehingga kamu dapat dibawa menghadap Dia dalam keadaan yang suci, murni, dan tidak bercela. Tetapi kamu harus tetap percaya kepada Berita Baik itu dan dengan kepercayaan itu kamu dapat berdiri teguh. Janganlah lepaskan harapan yang kamu terima ketika mendengar Berita Baik daripada Allah. Itulah Berita Baik yang telah diisytiharkan kepada semua orang di dunia. Kerana Berita Baik itu, aku, Paulus menjadi hamba untuk mengisytiharkannya. Sekarang aku bersukacita kerana boleh mengalami penderitaan untuk kepentingan kamu. Dengan penderitaan jasmani, aku melengkapi apa yang masih harus diderita oleh Kristus bagi pihak jemaah, iaitu tubuh-Nya.

KOLOSE 1:15-24 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka iyalah juga pŭta Allah yang tiada klihatan, iya itulah anak sulong deripada sagala kajadian. Kŭrna deripadanyalah juga sagala pŭrkara tŭlah dijadikan, baik dilangit, baik dibumi, deripada yang lahir, dan batin, baik singgahsana singgahsana, baik pŭrtuan pŭrtuanan, baik pŭmrentah pŭmrentahan, baik pŭnguasa pŭnguasaan, sagala pŭrkara itu tŭlah jadi ulihnya, dan sŭbabnya. Maka iyalah juga yang tŭrdahulu deripada sagala sŭsuatu, dan sagala sŭsuatu itu tŭrplihara ulihnya. Dan iyalah juga kŭpala tuboh, iyaani sidang jŭmaah; maka iya itulah pŭrmulaan anak sulong deripada orang mati supaya iyalah kŭlak mŭndapat pangkat yang tŭrutama atas sagala pŭrkara. Kŭrna dipŭrkŭnankan Allah, supaya dalamnyalah sagala kŭlangkapan itu diam. Dan sŭbab iya tŭlah mŭndatangkan pŭrdamiean dŭngan bŭrkat darah salibnya itu, maka deripadanyalah juga dipŭrdamiekannya sagala sŭsuatu bagienya sŭndiri; deripadanyalah juga aku kata, baik sagala pŭrkara yang diatas bumi, baik sagala pŭrkara yang dilangit, dipŭrdamiekan. Maka kamu yang dahulu orang asing, lagi bŭrsŭtru dalam hatimu dŭngan sagala pŭrbuatan yang jahat, tŭtapi skarang sudahlah dipŭrdamiekan, Dŭngan daging tubohnya ulih bŭrkat kamatiannya, supaya mŭnghadapkan kamu dŭngan suchinya, dan dŭngan tiada bŭrkŭchŭlaan, dan dŭngan tiada bŭrsalah kahalratnya. Jikalau kamu tinggal bŭralas sŭrta tŭtap kiranya dalam iman, dŭngan tiada bŭrgrak deripada harap akan Injil yang kamu tŭlah mŭnŭngar, dan yang tŭlah dimashorkan diantara sagala manusia yang dibawah langit; maka dalam hal itulah aku ini Paulus tŭlah dijadikan sa’orang utusan. Yang ada bŭrsukachita skarang ini dalam sagala kasukaranku kŭrna kamu, dan handak mŭnggŭnapi pula barang yang pŭninggalan kasukaran Almasih didagingku, kŭrna sŭbab tubohnya, iya itulah sidang jŭmaah.

KOLOSE 1:15-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Dia ialah gambaran Allah yang tidak kelihatan, Dialah anak sulung antara segala yang diciptakan. Kerana melalui Dia segala sesuatu diciptakan: yang wujud di bumi dan di syurga, yang kelihatan dan tidak kelihatan, baik yang bertakhta mahupun yang berkuasa, baik pemerintah mahupun kerajaan; segala-galanya telah dicipta melalui-Nya dan untuk-Nya. Dia terdahulu daripada segalanya, dan setiap yang wujud ada dalam-Nya. Dan Dia ialah Kepala kepada tubuh iaitu jemaah; Dia adalah permulaan, anak sulung yang bangkit daripada kematian, supaya dalam segalanya Dialah yang terutama. Kerana Allah berkenan bahawa seluruh diri-Nya berada dalam Dia. Juga melalui Dia, Allah mendamaikan segalanya dengan diri-Nya, baik yang di bumi mahupun di syurga, dengan mengadakan perdamaian melalui pencurahan darah-Nya di atas salib. Kamu dahulu tersisih daripada Allah dan merupakan seteru dalam pemikiranmu kerana perbuatanmu yang jahat. Akan tetapi, sekarang Allah telah mendamaikan kamu dengan diri-Nya melalui kematian tubuh Anak-Nya, supaya Dia dapat memperhadapkan kamu sebagai orang suci, yang tidak bercela dan tidak bersalah di hadapan-Nya — jika kamu tetap beriman, mantap dan berdiri teguh, tidak berganjak daripada harapan Injil yang kamu dengar. Inilah Injil yang dikhabarkan kepada seluruh ciptaan di bawah langit, dan yang aku, Paulus, menjadi hambanya. Aku sekarang bersukacita atas penderitaanku untukmu, dan aku menyempurnakan dengan tubuhku apa yang kurang dalam kesengsaraan Kristus, untuk tubuh-Nya yang suci, iaitu jemaah.

KOLOSE 1:15-24

KOLOSE 1:15-24 BMKOLOSE 1:15-24 BM

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami