KISAH RASUL-RASUL 9:20-22
KISAH RASUL-RASUL 9:20-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Dia terus pergi ke rumah-rumah ibadat dan mula mengisytiharkan berita bahawa Yesus Anak Allah. Semua orang yang mendengar kata-kata Saulus menjadi hairan. Mereka berkata sesama sendiri, “Dialah orang di Yerusalem yang membunuh semua orang yang menyembah Yesus. Dia datang ke sini untuk menangkap dan membawa pengikut Yesus kepada ketua-ketua imam.” Tetapi Saulus semakin kuat pengaruhnya. Bukti-bukti yang dikemukakannya bahawa Yesus Penyelamat yang diutus oleh Allah begitu meyakinkan, sehingga orang Yahudi yang tinggal di Damsyik tidak dapat membantah lagi.
KISAH RASUL-RASUL 9:20-22 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Mnka dŭngan sŭgranya dimashorkannyalah nama Almasih dalam kŭnisa kŭnisa, bahwa iyalah anak Allah. Maka tŭrchŭngang chŭnganglah sagala orang yang mŭnŭngar itu, katanya, Bukankah iyaini orang yang mŭmbinasakan sagala orang yang mŭnyŭbot nama Isa itu diJerusalem, maka iya datang kŭmari pun dŭngan kahandak itu juga, supaya iya mŭmbawa sagala marika itu dŭngan ikatnya kapada kŭpala kŭpala imam? Maka makin lama makin lebih bŭrtambah tambah kuat Saul itu, sŭrta mŭmbingungkan sagala orang Yahudi yang dudok dinŭgri Damsek, mŭnyatakan bahwa iya itulah Almasih adanya.
KISAH RASUL-RASUL 9:20-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dia terus mengkhabarkan di saumaah tentang Yesus, bahawa Dia Anak Allah. Semua yang mendengarnya tercengang lalu berkata, “Bukankah dia ini yang menganiaya semua yang menyebut nama itu di Yerusalem? Bukankah dia datang ke mari untuk menangkap semua orang yang demikian di sini dan menyeret mereka ke hadapan ketua-ketua imam?” Makin sehari makin bertambah kuasa yang diberikan Allah kepada Saul. Semua orang Yahudi di Damsyik tercengang apabila dia menyatakan bahawa Yesus itu Kristus.