Dia terus mengkhabarkan di saumaah tentang Yesus, bahawa Dia Anak Allah. Semua yang mendengarnya tercengang lalu berkata, “Bukankah dia ini yang menganiaya semua yang menyebut nama itu di Yerusalem? Bukankah dia datang ke mari untuk menangkap semua orang yang demikian di sini dan menyeret mereka ke hadapan ketua-ketua imam?” Makin sehari makin bertambah kuasa yang diberikan Allah kepada Saul. Semua orang Yahudi di Damsyik tercengang apabila dia menyatakan bahawa Yesus itu Kristus.
Baca Kisah Para Rasul 9
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kisah Para Rasul 9:20-22
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video