KISAH RASUL-RASUL 8:36-37
KISAH RASUL-RASUL 8:36-37 Alkitab Berita Baik (BM)
Dalam perjalanan, mereka sampai ke suatu tempat yang berair. Pegawai itu berkata, “Lihatlah, di sini ada air. Adakah sebab yang menghalang saya dibaptis?” [ Filipus berkata, “Tuan boleh dibaptis, asal sahaja tuan percaya kepada Yesus dengan sepenuh hati.” Pegawai tinggi itu menjawab, “Saya percaya bahawa Yesus Kristus Anak Allah.”]
KISAH RASUL-RASUL 8:36-37 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka adalah sŭmŭntara marika itu bŭrjalan sŭpanjang jalan, maka sampielah iya kapada suatu tŭmpat ayer, lalu bŭrkatalah sida sida itu, Lihatlah, bahwa itutah ayer, apakah yang mŭlarangkan aku dibaptisakan? Maka jawab Filipus, Jikalau angkau pŭrchaya dŭngan bulat bulat hatimu, bulih. Maka sahutnya, Aku pŭrchaya akan Almasih itu anak Allah.
KISAH RASUL-RASUL 8:36-37 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sedang mereka meneruskan perjalanan, mereka sampai di suatu tempat yang berair. Sida-sida itu berkata, “Lihat, di sini ada air. Apa yang menghalang aku daripada dibaptiskan?” Filipus berkata, “Jika kamu percaya sepenuh hati, kamu boleh dibaptiskan.” Sida-sida itu menjawab, “Aku percaya bahawa Yesus Kristus itu Anak Allah.”