KISAH RASUL-RASUL 7:44-50
KISAH RASUL-RASUL 7:44-50 Alkitab Berita Baik (BM)
Nenek moyang kita mempunyai Khemah Tuhan yang bersama-sama mereka di padang gurun. Khemah itu dibuat seperti yang diperintahkan oleh Allah kepada Musa, dan menurut contoh yang ditunjukkan oleh Allah kepada Musa. Kemudian, nenek moyang kita menerima khemah itu daripada bapa mereka. Khemah itu dibawa oleh mereka ketika mengikut Yosua merebut negeri kita ini daripada kekuasaan bangsa-bangsa yang diusir oleh Allah di hadapan mereka. Khemah itu di situ sehingga zaman Daud. Daud menyenangkan hati Allah dan memohon izin daripada Allah untuk membina sebuah rumah bagi Allah yang disembah oleh Yakub. Tetapi Salomo itulah yang membina rumah itu untuk Allah. Tetapi Allah Yang Maha Tinggi tidak tinggal di dalam rumah buatan manusia, kerana di dalam kitab nabi tertulis, ‘Langit takhta-Ku, dan bumi alas kaki-Ku. Rumah apakah yang mahu kamu bina untuk-Ku? Di manakah tempat kediaman-Ku? Bukankah Aku sendiri yang menjadikan segala sesuatu?’ begitulah firman Allah.
KISAH RASUL-RASUL 7:44-50 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bahwa khemah kŭsaksian itu adalah diantara nenek moyang kami dalam padang tiah, spŭrti yang tŭlah dititahkan Allah, maka fŭrmannya kapada Musa, Pŭrbuatlah itu ulihmu spŭrti tuladan yang angkau lihat. Maka itulah yang tŭlah ditrima ulih nenek moyang kami, dan dibawanya masok sŭrta dŭngan Yoshua kŭdalam tŭmpat kŭdiaman orang sŭsat, yang tŭlah dihalaukan Allah akan dia deri hadapan nenek moyang kami sampielah kapada zaman Daud. Maka Daud itulah yang tŭlah bŭrulih kasihan deripada Allah, maka iya mŭminta supaya mŭndapat suatu khemah bagie Allah Yakob. Tŭtapi Suliemanlah yang mŭmbangunkan bagienya suatu ka’abah. Tŭtapi Tuhan yang maha tinggi itu tiada mŭngdiami iya dalam ka’abah yang dipŭrbuat ulih tangan manusia, spŭrti kata nabi: Dŭmkianlah fŭrman Tuhan, Shorga itu arashku, dan bumi itu alas kakiku; ka’abah manakah yang kamu pŭrbuatkan akan daku, atau tŭmpat manakah pŭrhŭntianku? Bukankah sagala pŭrkara itu pŭrbuatan tanganku adanya?
KISAH RASUL-RASUL 7:44-50 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Nenek moyang kita mempunyai Khemah Kesaksian di tanah gurun. Khemah ini dibuat sebagaimana yang diperintahkan kepada Musa menurut contoh yang telah dilihatnya. Nenek moyang kita, setelah menerimanya, bersama Yosua telah membawanya masuk ke negeri kita yang dikuasai oleh bangsa-bangsa asing. Allah telah mengusir bangsa-bangsa asing itu di hadapan mereka, dan khemah itu tetap di tanah tersebut hingga zaman Daud. Daud mendapat keredaan Allah dan memohon izin-Nya untuk membina sebuah tempat kediaman Allah Yakub. Tetapi Salomo yang membina rumah untuk-Nya. Namun demikian, Tuhan Yang Maha Tinggi tidak tinggal di dalam rumah buatan tangan manusia, seperti kata nabi: ‘Langit takhta-Ku, dan bumi alas kaki-Ku. Rumah apakah yang hendak kamu bina untuk-Ku, dan di manakah tempat rehat-Ku? firman Tuhan. Bukankah Aku sendiri yang telah mencipta semua ini?’