KISAH RASUL-RASUL 24:10-23

KISAH RASUL-RASUL 24:10-23 Alkitab Berita Baik (BM)

Gabenor itu memberikan isyarat kepada Paulus bahawa dia boleh bercakap. Oleh itu Paulus berkata, “Saya tahu bahawa tuan telah menjadi hakim negeri ini selama bertahun-tahun. Oleh itu saya bersukacita kerana dapat membela diri di hadapan tuan. Tuan dapat mengetahui hal itu sendiri, bahawa tidak lebih daripada dua belas hari yang lalu, saya pergi ke Yerusalem untuk beribadat. Orang Yahudi tidak mendapati saya bertengkar dengan sesiapa pun ataupun menimbulkan rusuhan, baik di dalam Rumah Tuhan mahupun di rumah ibadat ataupun di tempat lain di kota. Mereka pun tidak dapat membuktikan tuduhan yang dikemukakan kepada tuan terhadap saya. Saya mengaku di hadapan tuan bahawa saya menyembah Allah yang disembah oleh nenek moyang kami menurut ajaran Yesus, yang dianggap salah oleh mereka. Tetapi saya percaya juga kepada segala yang tertulis di dalam Taurat Musa dan Kitab Nabi-Nabi. Seperti mereka, saya berharap kepada Allah bahawa semua orang akan dibangkitkan daripada kematian - orang baik, mahupun orang jahat! Oleh itu saya berusaha sebaik-baiknya supaya hati nurani saya sentiasa bersih di sisi Allah dan di hadapan manusia. Setelah beberapa tahun meninggalkan Yerusalem, saya kembali ke situ untuk membawa wang sumbangan bagi bangsa saya dan untuk mempersembahkan korban kepada Allah. Apabila saya sedang melakukan perkara itu, mereka melihat saya di Rumah Tuhan setelah saya selesai melakukan upacara penyucian diri. Tidak ada orang ramai menyertai saya, dan tidak ada kekacauan berlaku di situ pada waktu itu. Tetapi beberapa orang Yahudi dari daerah Asia ada di situ. Sebenarnya mereka yang harus menghadap tuan dan mengajukan tuduhan mereka, jika ada tuduhan terhadap saya. Atau biarlah semua orang ini memberitahukan kesalahan saya yang didapati oleh mereka pada masa saya dibawa menghadap Majlis Agama. Mereka mendapati satu perkara sahaja: Saya mengatakan hal ini di hadapan mereka, ‘Hari ini saya diadili kerana saya percaya bahawa orang mati akan dibangkitkan daripada kematian.’ ” Kemudian Feliks, yang banyak pengetahuannya tentang ajaran Yesus, mengakhiri pembicaraan itu. Feliks berkata, “Apabila Komandan Lisias datang, saya akan memutuskan perkara ini.” Lalu gabenor memerintahkan pegawai tentera yang menjaga Paulus supaya mengawal dia tetapi memberi dia kebebasan yang terhad, serta membenarkan sahabat-sahabat Paulus memberikan apa yang diperlukannya.

KISAH RASUL-RASUL 24:10-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Sŭtlah itu diisharatkan ulih rajalah kapada Paulus mŭnyuroh bŭrkata kata; maka dijawablah iya katanya, Adapun kukŭtahui bŭbrapa lamanya angkau tŭlah mŭnjadi hakim yang mŭmrentahkan bangsa ini, sŭbab itu tŭrlebih lagi relalah aku handak mŭmbri jawab akan halku. Mŭlainkan angkau bulihlah mŭngŭtahui, bahwa tiadalah lebih deripada duablas hari lamanya aku bahru datang kaJerusalem handak sŭmbahyang. Maka tiadalah didapati ulih marika itu aku bŭrbantah bantah dalam ka’abah dŭngan sa’orang jua pun, atau mŭngadakan suatu pŭrgadohan diantara kaum, baik dalam kŭnisa, baik dalam nŭgri. Maka tiadalah pun marika itu bulih mŭmbri saksi skarang ini barang yang ditudohnya atasku. Akan tŭtapi aku mŭngakulah dihadapanmu, bahwa adapun mŭnurot jalan yang dikatakannya mŭzhab sŭsat itu, maka dŭngan jalan itulah juga aku bŭrbakti kapada Allah nenek moyang kami, sŭrta pŭrchaya akan sagala pŭrkara yang tŭrsurat dalam tauret dan kitab nabi nabi. Dan lagi aku harap akan Allah yang diakui ulih marika itu pun, bahwa akan dibangkitkan pula orang mati, baik deripada orang yang bŭnar, baik deripada orang yang tiada bŭnar. Maka dalam hal inilah aku mŭngusahakan diriku, supaya sŭntiasa bŭrulih pŭrasaan hati yang tiada mŭndatangkan salah kapada Allah, atau kapada manusia. Adapun sŭlang bŭbrapa tahun lamanya, maka aku datang mŭmbawa bŭbrapa sŭdŭkah pada kaumku, sŭrta bŭbrapa pŭrsŭmbahan. Hata kumdian deripada hal ini, maka adalah bŭbrapa orang Yahudi deri Asia tŭlah mŭndapati aku disuchikan dalam ka’abah, bukannya dŭngan orang banyak, dan bukannya pula dŭngan huru hara. Maka patutlah orang itu pun ada disini dihadapanmu, akan mŭnudoh aku, jikalau ada barang pŭrdawaannya atasku. Atau biarlah marika ini sŭndiri bŭrkata kata, kalau kalau iya sudah mŭndapat barang suatu kŭjahatan deri padaku tŭtkala aku bŭrdiri mŭngadap mŭjlis itu. Hanya deri sŭbab pŭrkataan yang tŭlah kukatakan tŭtkala aku bŭrdiri diantara marika itu mŭngatakan, bahwa derihal orang yang mati itu akan dibangkitkan pula, aku dida’wa ulih kamu pada hari ini. Adapun dŭmi didŭngar ulih Felix akan sagala pŭrkara ini, dipŭrtanggohkannyalah marika itu, sŭbab iya mŭngŭtahui akan sagala hal ahwalnya jalan ini dŭngan katrangannya; katanya, Apabila Lysias, pŭnghulu orang sa’ribu itu datang kŭlak, aku nanti tahu sahabis habislah derihalmu. Maka dipŭsannya kapada pŭnghulu orang sa’ratus akan mŭnunggui Paulus, sŭrta mŭmbri bibas akan dia, dan jangan dilarangkannya barang sa’orang yang bŭrkŭnal kŭnalan dŭngan dia datang, atau mŭlawat akan dia.

KISAH RASUL-RASUL 24:10-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Setelah menerima isyarat daripada gabenor yang menyuruhnya bercakap, Paulus menjawab dakwaan itu demikian: “Aku tahu kamu telah lama menjadi hakim di negeri ini. Oleh itu, aku dengan senang hati mengadukan hal kepadamu. Hanya dua belas hari yang lalu aku telah pergi ke Yerusalem untuk beribadat. Aku tidak didapati berbincang dengan sesiapa atau menghimpunkan orang ramai itu untuk menimbulkan huru-hara, baik di Bait Suci, saumaah, atau di mana-mana di kota itu. Para pendakwa juga tidak dapat membuktikan kepadamu segala tuduhan mereka terhadapku. Aku mengaku di hadapanmu bahawa aku menyembah Allah nenek moyang kami, menurut Jalan Tuhan yang dianggap salah oleh mereka. Aku juga percaya dan berpegang kepada hukum Taurat, dan segala yang tersurat dalam kitab nabi-nabi. Seperti mereka juga, aku berharap kepada Allah bahawa semua orang akan dibangkitkan daripada kematian kelak, sama ada orang benar ataupun orang jahat. Oleh itu, aku sentiasa berusaha supaya hati nuraniku bersih daripada kesalahan kepada Allah dan kepada manusia. Selepas beberapa tahun di tempat-tempat lain, aku ke Yerusalem membawa derma untuk bangsaku, dan mempersembahkan korban. Mereka mendapati aku di dalam Bait Suci setelah aku menyucikan diri; aku tidak membawa kumpulan yang besar dan tidak mencetuskan huru-hara. Ketika itu ada beberapa orang Yahudi dari Asia. Merekalah yang patut menghadap kamu di sini untuk mendakwa, kalaulah ada sesuatu yang patut didakwa tentang aku. Ataupun biarlah orang di sini menyatakan apa kesalahan yang didapati pada diriku ketika aku berdiri di hadapan majlis mereka itu. Pada waktu itu aku hanya melafazkan kata-kata yang sama, iaitu, ‘Tentang kebangkitan daripada kematianlah aku didakwa di hadapanmu pada hari ini.’ ” Feliks menangguhkan perbicaraan walaupun dia memahami selok-belok agama berkenaan. Dia berkata, “Apabila Lisias, ketua pasukan tentera itu, datang nanti, aku akan menyelesaikan perkara ini.” Dia mengarahkan ketua tentera menahan Paulus tetapi secara longgar, dan membenarkan sahabat-sahabatnya membawa apa-apa untuknya.