2 TIMOTIUS 2:7-19
2 TIMOTIUS 2:7-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Renungkanlah apa yang aku katakan ini, kerana Tuhan akan membolehkan engkau memahami semuanya. Ingatlah akan hal ini: Menurut Berita Baik yang aku isytiharkan, Yesus Kristus telah dibangkitkan daripada kematian dan Dia keturunan Daud. Oleh sebab aku mengisytiharkan Berita Baik itu, aku menderita, bahkan aku dirantai seperti seorang penjahat. Tetapi firman Allah tidak dapat dirantai. Itulah sebabnya aku bertabah hati menanggung semuanya demi kepentingan umat yang telah dipilih oleh Allah, supaya mereka juga mendapat penyelamatan yang diberikan melalui Kristus Yesus dan yang disertai kemuliaan yang kekal. Sungguh benar kenyataan ini: “Jika kita mati bersama-sama Dia, kita juga akan hidup bersama-sama Dia. Jika kita tetap bertabah, kita juga akan memerintah bersama-sama Dia. Jika kita menyangkal Dia, Dia juga akan menyangkal kita. Jika kita tidak setia, Dia tetap setia, kerana Dia tidak dapat bertentangan dengan diri-Nya sendiri.” Nasihatilah ahli jemaahmu dan ingatkan mereka di hadapan Allah, supaya jangan bertengkar tentang istilah. Perkara itu tidak ada gunanya, malahan merosakkan iman orang yang mendengarnya. Berusahalah sebaik-baiknya untuk mendapat pujian daripada Allah, seperti seorang pekerja yang tidak malu dengan pekerjaannya. Hendaklah engkau mengajar ajaran benar daripada Allah dengan betul. Jauhkanlah dirimu daripada percakapan yang sia-sia dan menghina Allah. Percakapan seperti itu hanya membuat orang semakin jauh daripada Allah. Ajaran mereka itu seperti luka yang mengudis dan tidak dapat sembuh. Dua orang daripada mereka ialah Himeneus dan Filitus. Mereka telah menyimpang daripada ajaran yang benar, dan sekarang merosakkan iman sesetengah orang yang percaya kepada Kristus. Mereka berkata bahawa kebangkitan daripada kematian sudah berlaku. Tetapi asas kukuh yang sudah diletakkan oleh Allah tidak dapat digoncangkan. Di atasnya tertulis kata-kata ini: “Tuhan mengenal orang milik-Nya,” dan “Sesiapa yang berkata bahawa dia milik Tuhan, mesti berhenti melakukan perbuatan yang salah.”
2 TIMOTIUS 2:7-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Timbanglah apa yang kukata ini; maka Tuhanlah mŭngurniakan padamu akal dalam sagala sŭsuatu. Bahwa ingatlah, Isa Almasih yang deripada bŭnih Daud itu tŭlah dibangkitkan deri mati, spŭrti yang tŭrsŭbut dalam Injil yang kuajar. Maka deri sŭbabnyalah aku tŭlah mŭnanggong susah bagie sa’orang jahat, sampie kŭna bŭlunggu; tŭtapi pŭrkataan Allah itu tiada tŭrbŭlunggu adanya. Maka sŭbab itulah aku mŭnanggong sagala sŭsuatu kŭrna orang orang yang tŭrpileh itu, supaya marika itu kŭlak mŭndapat slamat yang ada dalam Isa Almasih, sŭrta dŭngan kamulian yang kŭkal. Bahwa inilah pŭrkataan yang sŭtiawan: Jikalau kiranya kami mati sŭrtanya, maka kami kŭlak akan hidop pula sŭrtanya. Maka jikalau kami mŭnanggong susah, maka kami kŭlak mŭndapat kabŭsaran sŭrtanya; dan jikalau kami mŭnyangkali dia, maka dia pun kŭlak akan mŭnyangkali kami. Maka jikalau kami tiada pŭrchaya, maka tinggallah juga iya dŭngan sŭtiawannya, iya tiada bulih mŭnyangkali dirinya. Maka ingatkanlah sagala pŭrkara ini, sŭrta amanatkanlah kapada marika itu dihadapan Tuhan, supaya jangan marika itu bŭrlawan lawanan derihal pŭrkataan yang tiada bŭrfiedah, yang handak mŭmalingkan orang yang mŭuŭngar mŭnŭngar itu. Blajarlah akan mŭnunjokkan dirimu tŭlah ditrima Allah, spŭrti sa’orang yang tiada malu bŭkŭrja, bahgikan bŭtol bŭtol pŭrkataan yang bŭnar itu. Tŭtapi jauhkanlah pŭrkataan yang sia sia dan kosong itu, kŭrna iya itu kŭlak mŭnambahi makin lebih kajahatan. Maka pŭrkataan marika itu kŭlak mŭmakan juga spŭrti pŭkong; dŭmkianlah juga hal Hemenius dan Felitus; Yang tŭlah bŭrsalah derihal bŭnar, katanya, kŭbangkitan orang mati itu sudahlah lalu; maka dibalikkannya iman bŭbrapa orang. Kŭndatilah, alas Allah itu bŭrdiri juga tŭtap, sŭbab inilah mutrienya, iya itu Tuhan juga yang tahu orang orangnya. Maka biarlah kiranya masing masing orang yang bŭrgŭlar nama Almasih itu, undorlah deripada kasalahan.
2 TIMOTIUS 2:7-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Fikirkan kata-kataku kerana Tuhan akan mengurniaimu pengertian dalam semua perkara. Ingatlah bahawa Yesus Kristus, keturunan Daud, telah dibangkitkan daripada kematian menurut Injil yang kusampaikan, yang kerananya aku menderita seolah-olah aku seorang penjahat, sehingga dipenjarakan. Tetapi firman Allah tidak mungkin dipenjarakan. Oleh itu, aku menanggung segalanya untuk mereka yang terpilih, supaya mereka juga mendapat penyelamatan dalam Kristus Yesus dengan kemuliaan yang kekal. Kata-kata ini benar: Jika kita mati bersama-Nya, kita juga akan hidup bersama-Nya; jika kita tabah, kita juga akan memerintah bersama-Nya. Jika kita menyangkal-Nya, Dia juga akan menyangkal kita; jika kita tidak setia, Dia tetap setia, Dia tidak boleh menyangkal diri-Nya. Ingatkan mereka tentang segala ini. Pesan kepada mereka di hadapan Allah supaya jangan bertengkar sia-sia tentang kata-kata, sehingga membinasakan orang yang mendengar. Berusahalah supaya ternyata kamu diredai Allah, seorang pekerja yang tidak perlu berasa malu, yang menyebarkan kebenaran dengan sewajarnya. Jauhi percakapan yang bercorak duniawi dan sia-sia, kerana ini akan menambah kemungkaran. Kata-kata mereka akan merebak seperti penyakit barah, Himeneus dan Filetus termasuk orang begini. Mereka telah sesat dalam hal kebenaran. Mereka berkata bahawa kebangkitan daripada kematian telah berlalu, dan mereka merosakkan iman sesetengah orang. Namun demikian, asas kukuh Allah tetap bertapak, diteguhkan dengan materai ini: “Tuhan mengenal siapa milik-Nya,” dan “Setiap orang yang menyebut nama Tuhan hendaklah meninggalkan kejahatan.”