2 TESALONIKA 2:9-10
2 TESALONIKA 2:9-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Manusia Jahat itu akan datang dengan kuasa Iblis. Dia akan melakukan segala macam mukjizat dan keajaiban yang menyesatkan orang. Dia akan menggunakan segala tipu muslihat jahat untuk menyesatkan semua orang yang akan binasa. Mereka akan binasa kerana tidak mahu menerima atau menghargai berita benar daripada Allah yang dapat menyelamatkan mereka.
2 TESALONIKA 2:9-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Mŭskipun orang yang datang dŭngan pŭkŭrjaan shietan, iya itu dŭngan sagala kuat, dan tanda, dan ajaib yang bŭrdusta, Dan dŭngan sagala tipu kŭsalahan dalam hati sagala orang yang binasa, sŭbab marika itu tiada mŭnŭrima kasih yang deripada bŭnar, supaya marika itu bulih slamat.
2 TESALONIKA 2:9-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Datangnya manusia leluasa itu adalah hasil usaha Iblis, dengan membawa kuasa, tanda dan keajaiban palsu, serta tipu helah durjana untuk menyesatkan orang yang binasa kerana mereka enggan menerima dan mengasihi kebenaran yang dapat menyelamatkan mereka.