2 Tesalonika 2

2
Manusia leluasa
1 # 1Tes 4:15-17. Sekarang, saudara-saudaraku, tentang kedatangan Tuhan kita Yesus Kristus dan betapa kita akan dikumpulkan bersama-Nya kelak, kami menyerumu, 2janganlah kamu mudah keliru atau goyah jika orang berkata hari Tuhan sudah tiba kerana kononnya kami yang mengatakan begitu melalui nubuat, ajaran atau surat. 3Jangan sekali-kali biarkan sesiapa memperdayamu kerana hari itu tidak akan datang sebelum berlakunya kemurtadan dan manusia leluasa, iaitu anak kebinasaan menampilkan diri. 4#Dan 11:36; Yeh 28:2.Dia akan menentang dan meninggikan dirinya daripada semua yang disembah manusia. Dia akan duduk di dalam bait Allah dan mengisytiharkan dirinya sebagai Allah.
5Ingatkah kamu ketika aku masih bersamamu dahulu, aku telah memberitahumu segala ini? 6Kini kamu tahu apa yang menahannya sekarang, supaya manusia itu tampil pada waktu yang telah ditentukan baginya. 7Kuasa rahsia keleluasaan sudah pun mula bertindak. Hanya yang menahannya sekarang akan terus berbuat demikian sehingga disingkirkan. 8#Yes 11:4.Kemudian manusia leluasa itu akan ternyata dan Tuhan Yesus akan membunuhnya dengan hembusan nafas dari mulut-Nya dan membinasakannya dengan sinar gemilang kedatangan-Nya. 9#Mat 24:24.Datangnya manusia leluasa itu adalah hasil usaha Iblis, dengan membawa kuasa, tanda dan keajaiban palsu, 10serta tipu helah durjana untuk menyesatkan orang yang binasa kerana mereka enggan menerima dan mengasihi kebenaran yang dapat menyelamatkan mereka. 11Oleh yang demikian Allah menghantar pengaruh yang akan menyesatkan mereka sehingga mereka mempercayai apa yang tidak benar. 12Dengan itu semua yang tidak mempercayai apa yang benar dan gembira melakukan perkara yang salah akan dihukum.
Berdiri dengan kukuh
13Tetapi kami mesti sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu, saudara-saudara yang dikasihi oleh Tuhan, kerana dari mulanya Allah telah memilih kamu untuk diselamatkan melalui penyucian dengan Roh Kudus dan kepercayaan terhadap apa yang benar. 14Allah memanggil kamu melalui Injil yang kami sampaikan kepadamu, supaya mendapat kemuliaan Tuhan kita Yesus Kristus. 15Oleh itu, saudara-saudaraku, berdirilah dengan kukuh dan berpegang teguh pada segala ajaran yang telah kami sampaikan secara lisan atau melalui surat.
16Semoga Tuhan kita Yesus Kristus sendiri dan Allah Bapa kita, yang mengasihi kita dan menetapkan hati serta meneguhkan harapan baik kita selama-lamanya dengan kasih kurnia-Nya, 17memberimu perangsang dan kekuatan untuk berbuat dan mengatakan yang baik.

Terpilih Sekarang Ini:

2 Tesalonika 2: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk